translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Nahas Porsche:Pelakon Fast & Furious Paul Walker Maut Kemalangan Jalan Raya

Paul Walker

PELAKON Fast & Furious, Paul Walker yang meninggal dalam nahas kereta semalam disahkan bukan pemandu Porsche Carrera GT yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Perkara itu disahkan wakil Paul dalam satu kenyataan, lapor TMZ.

Nahas Porsche: Paul Walker penumpang
 “Dia (Paul) adalah penumpang di dalam kereta milik kawannya itu di mana kedua-duanya meninggal dunia. “Saksi di tempat kejadian menyangka kenderaan itu milik Paul namun telah disahkan ia bukan milik Paul,” katanya.
Tambahnya, “Paul menghadiri majlis amal untuk organisasinya, Reach Out Worldwide”. Tengah hari semalam, kemalangan melibatkan satu kenderaan itu berlaku di Selatan California.
Pemandu hilang kawalan dan melanggar pokok kemudiannya kereta itu terbakar. Punca utama kemalangan masih belum jelas namun pihak polis tidak menolak kelajuan menjadi punca utama.
Menurut rakaman video yang disiarkan TMZ, rakan-rakan dan pekerja-pekerja Paul cuba menyelamatkannya daripada terperangkap dalam kebakaran kereta tersebut namun gagal.
Paul turut disahkan berada di tempat duduk penumpang dan ketika mereka tiba di tempat kejadian, Paul berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Paul berusia 40 tahun dan meninggalkan anak perempuan berusia 15 tahun, Meadow.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts