translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Bermadu punca Erra Fazira fail penceraian terhadap Emran??



Gosip keretakan rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran mula kedengaran sejak dua tahun lalu apabila kedua-dua pihak tidak lagi tinggal sebumbung. Bagaimanapun dinafikan mereka.
Semalam pula, segala spekulasi yang timbul sebelum ini akhirnya terjawab selepas Erra dan Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah kira-kira pukul 12.50 tengahari yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain.
Ketika pengacara Primadona itu dihubungi oleh media, Erra menolak untuk memberikan sebarang ulasan berkenaan punca sebenar penceraian mereka kerana mahu menghormat bekas suaminya.
Katanya, apa yang penting segala spekulasi telah terjawab.
"Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya.
Penceraian ini adalah secara baik dan Alhamdulillah ia selesai tanpa sebarang masalah." Meskipun begitu, timbul fitnah liar yang mendakwa Engku Emran kononnya sudah berkahwin dengan wanita lain. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikannya oleh Engku Emran dan Erra.
“Terus-terang, tidak ada pergolakan dalam rumah tangga saya. Saya pun tidak pernah mendengar berita pasal wujudnya pihak ketiga antara kami."
 Sedih sebenarnya berita perpisahan Erra Fazira dan Engku Emran semalam. Ramai yang terkejut dan tidak menyangka meskipun desas-desus keretakan rumahtangga mereka sudah kedengara sejak setahun lalu.
Pastinya, anak perempuan mereka, Engku Aleesya paling kesian kerana pada usia 5 tahun sudah berjauhan dengan ibu kandungnya. Nak buat macam mana, dah tiada jodoh.
Di bawah ini admin paparkan beberapa keping gambar hari-hari terakhir Erra, Aleeysa dan Emran bergembira bersama sebelum mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing sejak semalam.

Dengan penceraian itu, sudah dua kali mahligai yang dibina oleh Erra hancur berkecai. Ini kerana, pada 15 Jun 2003 dia pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim selama tiga tahun, tetapi tidak mempunyai anak.








Dengan penceraian itu, sudah dua kali mahligai yang dibina oleh Erra hancur berkecai. Ini kerana, pada 15 Jun 2003 dia pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim selama tiga tahun, tetapi tidak mempunyai anak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts