translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

ARTIS LELAKI POGREM REALITY DI REMAN ATAS TUDUHAN MEROGOL


Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman selama dua hari ke atas seorang penyanyi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana dekat sini Ahad lalu.
Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjadi juara  sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jalaluddin berkata, tempoh dua hari itu akan digunakan sepenuhnya oleh polis bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes tersebut.
“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut. Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi,”
Semalam akhbar Kosmo melaporkan polis menahan artis tersebut pada pukul 12 tengah hari di Taman Melati dekat sini kelmarin setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kejadian tersebut.
Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tengah hari 31 Januari lalu ketika dia berada di rumah suspek. Ketika kejadian, ahli keluarga suspek tiada di rumah dan mangsa tidak melawan kerana bimbang akan dicederakan.
Hasil siasatan turut mendapati suspek tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian, malah tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman milik seorang artis terkenal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts