translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

"TETAMU" SAPU RM 20,000

Kemeriahan majlis perkahwinan sepasang pengantin baru di Kampung Keriang Pulau, Tandop, di sini bertukar duka apabila beg tangan milik pengantin perempuan dan sepupunya yang mengandungi barang kemas dan wang tunai bernilai hampir RM20,000 yang diletakkan dalam bilik pengantin, lesap dipercayai dicuri ‘tetamu tidak diundang’, kelmarin. Kejadian hanya disedari jam 3.30 petang oleh pengantin perempuan.
Noriza Ramli @ Haron, 30, yang ketika itu mencari minyak panas tetapi dia mendapati beg yang diletakkan dalam bilik pengantin lesap. Malah ketika kejadian, jemputan yang datang ke majlis itu terlalu ramai dan dianggarkan seramai 1,500 orang yang hadir, malah ahli keluarga pengantin lelaki sibuk melayani tetamu yang hadir. Noriza berkata, dalam beg tangannya itu mengandungi wang tunai RM400 termasuk wang tunai suaminya, Nazrul Ismail, 32, dan sebuah telefon bimbit, manakala beg tangan sepupunya, Intan Syafinar Zainol, 20-an pula mengandungi barang kemas serta wang tunai RM800 dan kad mesin juruwang automatik (ATM).
 “Ketika itu, adik ipar saya mengadu sakit kepala disebabkan ramai tetamu yang hadir. Disebabkan itu, saya mencari minyak panas, tetapi ketika itu saya dapati beg tangan sudah hilang. “Saya terus memaklumkan kepada suami mengenai kehilangan beg tangan itu dan puas kami mencarinya dalam bilik, tetapi tiada. “Bukan itu saja, malah Mykad kami, kad ATM dan sijil pernikahan kami yang disimpan dalam beg tangan itu turut hilang,” katanya, semalam. Noriza berkata, sepupunya turut mengalami nasib sama apabila beg tangannya turut hilang dalam bilik itu menyebabkan mereka mengesyaki ia dicuri. Sementara itu, ibu mentua mangsa, Mariam Othman, 55, berkata, dia mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila seorang wanita berjubah datang menghampirinya sambil meminta plastik kosong secara tiba-tiba. Katanya, dia tidak mengenali wanita itu, malah tidak pernah melihat wajahnya kerana dia seperti tergesa-gesa untuk meninggalkan majlis kenduri itu.
 “Saya menyerahkan plastik kepadanya dan terus melayan tetamu termasuk keluarga pengantin perempuan yang baru tiba dari Pulau Pinang. “Namun, 10 minit kemudian, anak saya memberitahu beg tangan menantu dan sepupunya hilang menyebabkan saya tidak sedap hati dan mengesyaki berkemungkinan wanita itu disyaki terbabit,” katanya. Mariam berkata, dia bersyukur majlis perkahwinan anak kedua daripada empat beradik itu lancar walaupun kejadian tidak diingini itu berlaku tanpa disangka.
 Berikutan kejadian itu, suaminya yang juga bapa pengantin lelaki, Ismail Ali, 61, dimasukkan ke wad kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, malam kelmarin berikutan sesak nafas akibat kejadian itu. Bagaimanapun, dia dibenarkan pulang kira-kira jam 5 pagi selepas keadaannya beransur pulih.
 Noriza dan suaminya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 6 petang untuk memaklumkan mengenai kejadian itu. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts