translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

12 pelayar terkemuka mulakan cabaran AWMRT

Dua belas pelayar terkemuka dunia kini mula berkampung di Pulau Duyong dengan membawa satu misi yang sama iaitu menjuarai acara kemuncak Siri Jelajah Match Racing Dunia Alpari (AWMRT) 2013.
Kejohanan untuk menentukan juara dunia itu bermula hari ini hingga Sabtu (30 November) di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Mohd Jidin Shafee berkata sejak dimulakan pada tahun 2005, Piala Monsun telah menarik beribu-ribu pelancong dan peminat sukan layar untuk menyaksikan sendiri aksi pelayar terhebat dunia pada perlumbaan tahunan itu. "Sukan pelayaran ini telah memasuki edisi kesembilan.
Kehadiran Piala Monsun di Terengganu membantu mengembangkan sukan itu secara komersial dan mendedahkan bakat muda di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menerima piala berprestij itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif AWMRT James Pleasence.
Piala Monsun ialah acara penentuan juara yang akan dinobat sebagai Juara Dunia Match Racing Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF). Setakat ini Taylor Canfield dari pasukan US One mendahului ranking ISAF selepas mengumpul 92 mata, 10 mata di hadapan juara bertahan Ian Williams dari pasukan GAC Pindar dalam siri AWMRT.
Manakala pasukan eWork Sailing yang dikemudi Bjorn Hansen pula mengekori rapat pasukan Gac Pindar dan hanya satu mata memisahkan mereka manakala Adam Minoprio dari pasukan Alpari FX berada di tangga keempat selepas mengumpul 77 mata.
Pasukan Black Swan Racing yang dikemudi Keith Swinton di tempat kelima (75 mata) diikuti Phil Robertson dari Waka Racing (66 mata) di tempat keenam. Enam lagi pasukan iaitu Gefco Match Racing Team; Stena Sailing Team; Vannes Angglo Sailing Team; Luna Rossa; pasukan Gilmour serta Koo Racing Team iaitu satu-satunya wakil negara turut akan memberi tentangan kepada pendahulu liga.
Kejohanan selama lima hari itu bakal menyaksikan keringat Jeremy Khoo menggalas cabaran negara selepas berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Liga Layar Malaysia (LLM) 2013 pada 18 November lepas untuk melayakkan diri menempah slot wakil tunggal negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts