translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

DAFI PROMOSI LAGU-LAGU DI YOUTUBE

Dafi

SEJAK kebelakangan ini, Dafi banyak menghabiskan masa menyiapkan klip video untuk single terbaharu yang bakal dimuatkan dalam mini albumnya.Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, keempat -empat video itu sudah siap hampir 80 peratus.
Menurutnya, selepas melihat tontonan klip video lagu ‘Salahkah Aku’ di laman Youtube beberapa bulan lalu berjaya mencatat lebih 70,000 tontonan, dia meneruskan usaha mempromosikan klip video menerusi laman sosial. “Saya akan terus mempromosikan tiga lagi video yang hampir siap ini di Youtube kerana strategi itu benar-benar berkesan,” katanya yang turut menampilkan artis-artis yang terlibat melalui program ‘Fear Factor Selebriti Malaysia’ seperti Kaka, Didie Alias, Hairul Azreen, Elfira Loy serta Azam Pitt di dalam klip videonya.
Bercerita tentang pembikinan albumnya itu, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 5 ini berkata, dia menjanjikan kelainan menerusi klip video terbaharu itu. Dalam pada itu Dafi memberitahu, dia memberi kepercayaan kepada komposer popular, Ajai untuk menghasilkan lima lagu single yang bakal dimuatkan dalam album itu. “Kalau ditanya mengenai album ini, Alhamdulillah saya sungguh berpuas hati kerana sangat suka sentuhan abang Ajai sebab itu saya mahu bekerjasama dengan dia.
Saya juga suka konsep album ini kerana menetapkan genre pop supaya lagu-lagu ini boleh didengar untuk semua golongan umur. “Sebab itulah saya tidak mahu bertangguh-tangguh lagi.
Kali ini, saya akan melancarkan mini album saya, kerana ramai peminat yang sudah mula bertanya,” katanya yang sudah merakam empat buah single dan hanya satu lagi single yang belum dirakam. Dalam pada itu, Dafi turut mengakui sibuk menguruskan syarikat iaitu Laugh Out Loud Entertainment (LOL) yang sedang dalam perangkaan mengeluarkan beberapa album baharu daripada artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut seperti Marsha Milan dan Sherry Ibrahim. “Saya agak sibuk sedikit dengan pengurusan, namun, ia tidak patahkan semangat saya untuk terus menjayakan pembikinan album saya ini,” katanya yang turut dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam Pertandingan Crystal Stars Music Fest di Romania.
Mengulas lanjut mengenai kemenangannya di Romania, Dafi sangat berbangga kerana dia merupakan satu-satunya penyanyi dari Asia yang menyaingi peserta lain yang kebanyakannya datang dari negara Eropah. Menurut Dafi, sebenarnya dia tidak menjangka meraih sebarang kemenangan memandangkan dia memasuki pertandingan itu hanya untuk mencari pengalaman. “Ini kali pertama saya masuk pertandingan nyanyian di luar negara. Saya tak sangka terpilih dari 50 peserta lain,” katanya.
Dalam pada itu Dafi berkata, dia juga tidak mengendahkan sebarang kata-kata negatif terhadapnya memandangkan sudah enam tahun bertapak dalam persada seni hiburan tanah air. “Saya tidak kisah apa pandangan orang, yang nyata, saya mahu artis kita diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.
Ingin wanita bijak dan memahami Apabila ditanya bilakah dia ingin menamatkan zaman bujangnya, dia berkata, masih belum menemui wanita yang berjaya menambat hatinya. Dafi yang enggan dikaitkan dengan sesiapa berkata, namun dia memang mahukan seseorang yang memahami untuk mendampinginya.
Saya memang berkawan dengan ramai orang. "Tapi, saya tunggu seorang wanita yang memahami dan bijak. "Dulu, saya hanya mementingkan seorang wanita comel sahaja,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai ciri-ciri wanita yang bakal dipilih menjadi suri hidupnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts