translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Beregu campuran England cipta kejutan

Beregu campuran England cipta kejutan

KEJUTAN berlaku di Siri Super Terbuka Hong Kong 2013 apabila pasangan beregu campuran berpengalaman dari England, Chris Adcock dan Gabrielle White menjuarai kategori itu menewaskan pasangan China, Liu Chin dan Bao Yixin 21-14 dan 24-22 dalam tempoh 40 minit.
Sebelum itu, gandingan England itu mengejutkan pasangan nombor satu dunia dari China, Zhang Nan dan Zhao Yunlei,21-12 dan 21-16 dalam tempoh 38 minit di separuh akhir.
Perseorangan wanita pula menyaksikan pertembungan sesama sendiri pemain China apabila Wang Yihan pemain nombor tiga dunia menundukkan Wang Shixian 21-13, 16-21 dan 21-15 dalam tempoh 76 minit. Dalam acara beregu lelaki, dua gandingan Korea Selatan menguasai pentas akhir di mana pasangan yang baru digandingkan , Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong berjaya menewaskan rakan senegaranya, Kim Ki Jung dan Kim Sa Rang iaitu pilihan keempat dunia 12-21, 21-15 dan 21-18 dalam tempoh 59 minit.
Bagi acara beregu perempuan, China sekali lagi bertemu sesama sendiri apabila gandingan Bao Yixin dan Tang Jianhua menewaskan rakan senegaranya, Ou Dongni dan Tang Yuanting dalam tiga set 18-21, 21-16 dan 21-15. Kejohanan Siri Super Terbuka Hong Kong 2013 menawarkan hadiah AS$350,000 (RM1.2 juta).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts