translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

MAWI TIDAK MAHU POPULAR SEPERTI DAHULU

mawi tidak mahu popular seperti dahulu

Bekas juara Akademi Fantasia 3, Mawi akui yang dia rindukan kenangan sewaktu dia menjadi kegilaan masyarakat dengan gelaran 'Raja SMS' (khidmat pesanan ringkas) satu ketika dahulu.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini tidak mahu momen-momen indah itu kembali ke dalam hidupnya kerana dia kini selesa dengan kehidupannya yang sederhana. "Memang tidak dinafikan, memori zaman popular dimana ketika itu saya mejadi kegilaan peminat fanatik sering terlintas di fikiran. Ianya indah, tetapi ada juga pahitnya kerana pelbagai kontroversi yang tercetus tanpa henti. "Apa pun saya anggap itu pengalaman. Tak terfikir pun nak berpatah balik merasakan zaman itu semula. Tak sanggup saya," selorohnya.
Tambah Mawi, 33, dia juga akur apabila namanya tidak sepopular dahulu kerana ia sedikit sebanyak memudahkan dia untuk bergerak bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan. Mawi telah mencetuskan fenomenanya tersendiri yang digelar `Tsumawi` apabila dia menjuarai AF3 pada tahun 2005.
Kegilaan peminatnya telah melanda seluruh negara sehingga ke mana sahaja dia pergi, ribuan manusia akan mengelilinganya semata-mata ingin merasai sendiri `aura` yang dimiliki oleh anak jati Felda Taib Andak, Johor itu.
Sementara itu, Mawi juga bersyukur apabila lagunya, Al Haq yang menampilkan Datuk AC Mizal sebagai penyanyi rap mendapat sambutan hangat daripada pendengar. Kata Mawi, dia tidak sangka lagu yang dihasilkan bersama Sheikh Qalam dan Jeff (A2Z) itu menjadi kesukaan ramai memandangkan dua lagu yang dilancarkan sebelum ini iaitu Termolek dan Menanti Hikmah kurang mendapat sambutan. "Saya mendapat respons ramai yang menyukai lagu tersebut kerana melodi doa pelindung diri iaitu surah Hizip Al-Hafiz menarik.
Alhamdulillah, saya gembira dan syukur apabila peminat senang dengan lagu ini," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Mawi juga kini sibuk dengan perniagaan butiknya yang diusahakan bersama isteri, Ekin, di Seksyen 9, Bangi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts