translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

TAk BERCADANG PULANGKAN DUIT BLACK – PERANCANG PERKAHWINAN



ohartis-black-hanifah
Jika sebelum ini Black pernah menyatakan telah ditipu oleh perancang perkahwinan yang dilantiknya, kini individu itu pula tampil ke hadapan untuk membersihkan namanya semula.
Menerusi temu bual yang dibuat oleh Sinar Harian, wanita terbabit menyatakan dia tidak pernah dan tidak bercadang untuk memulangkan duit Black sebaliknya pihak katering yang berbuat demikian.
Selepas perkhidmatan saya ditamatkan saya tidak ada berjumpa dengan Black, apatah lagi memulangkan duit kepadanya.
Namun setahu saya pihak katering telah memulangkan duit tersebut kepada Black dan saya tidak bercadang untuk memulangkan duit Black kerana ingin saya tegaskan di sini, saya sudah teraniaya dan saya tidak bersalah!
Menurut wanita itu lagi, mustahil baginya memulangkan duit berkenaan kerana ia telah dibayar kepada pihak lokasi perkahwinan, katering, dan sebagainya.
black-dan-tunang
Black dan tunangnya, Cira Khairi
Pihak lokasi perkahwinan bersetuju memberi potongan separuh harga daripada RM72,000 kepada RM36,000 dan saya telah membayar RM15,000 sebagai pendahuluan.
Kemudian saya juga sudah membayar RM7,000 kepada pihak katering. Selebihnya RM5,000 adalah bayaran untuk saya dan baki RM3,000 untuk saya uruskan mengenai perkara lain. Segala urusan tersebut bersama bukti resit dan e-mel daripada pihak berkenaan mengenai perbincangan kami.
Bagaimana saya mahu memulangkan wang tersebut sedangkan ia sudah dibayar kepada mereka yang terlibat?
Dalam masa yang sama, perancang perkahwinan itu turut menasihatkan Black supaya berhenti bercerita keburukan orang lain sebaliknya memberi sepenuh perhatian pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung sahaja.
Artikel berkaitan:
Untuk pengetahuan, Black dan bakal isterinya akan mengadakan majlis pernikahan pada 13 September 2013 dan diikuti oleh majlis resepsi pada keesokan harinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts