translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Altimet: Tidak berniat senda sesiapa

Lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael mula menitir dibibir masyarakat, namun kontroversi mula timbul apabila lagu tersebut dikaitkan dengan pihak lain termasuk kerajaan.
Bagaimanapun, lagu yang ditulis penyanyi dan penulis lirik, Altimet menafikan lirik lagu ciptaannya menyentuh dan mempersendakan mana-mana pihak.
Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 35, mendakwa, lirik lagu tersebut dicipta pada awal tahun lalu sebelum pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober lepas. "Saya tidak pernah memikirkan untuk mempersendakan mana-mana pihak ketika menulis lagu ini.
Ia adalah sepenuhnya berkaitan apa yang rakyat mahukan jika mereka menjadi kaya. "Cuma lagu ini secara kebetulan hit ketika pembentangan bajet 2014 dilakukan," katanya yang dipetik dalam sebuah portal berita, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan segelintir pihak yang menganggap lirik lagu tersebut ada menyentuh tentang beberapa perkara mengenai Bajet 2014 yang dibentangkan seperti menyentuh tentang subsidi gula.
Tambahnya, lirik itu ditulis berdasarkan respon yang diberikan orang ramai melalui tinjauan yang dilakukannya bagi mengetahui impian mereka jika berpeluang menjadi jutawan.


MV KALAU AKU KAYA TELAN BELANJA RM30,000!


Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy akui muzik video nyanyian Awi Rafael dan Altimet, Kalau Aku Kaya merupakan muzik video yang termahal yang pernah dikeluarkan oleh syarikat rakaman itu iaitu menelan belanja sebanyak RM30,000.

Darren Choy berkata sudah tiba masanya pihak pengurusan berkenaan menaik taraf kualiti muzik video untuk penyanyi- penyanyinya di bawah naungannya.
“Kos pembikinan muzik video ini sahaja sudah menelan belanja sebanyak RM30 000 dan ia tidak termasuk kos untuk mempromosikan muzik video inil agi.
“Saya akui memang pelaburan untuk muzik video ini agak mahal, namun saya rasa ia berpatutan dengan hasil dan kualiti yang diberikan.
Lagipun  sudah tiba masanya kami menaik taraf kualiti muzik video untuk penyanyi di bawah naungan kami.
“Terus-terang, saya berpuas hati dengan hasil kerja tangan Ravi sebagai pengarah muzik video ini kerana saya tahu dia seorang yang hebat dalam bidang pengiklanan dan muzik video di dalam industri hiburan India di Malaysia,” katanya selepas pelancaran Muzik Video Kalau Aku Kaya di Malaysian Petroleum Club, tingkat 42, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), kemarin.
Terdahulu, Awi dan Altimet sudah pun tampil dengan muzik video lirik yang telah dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube.
Namun muzik  video tersebut merupakan muzik video lirik sahaja.
Darren memberitahu selepas muzik video lirik itu mendapat sambutan sehingga telah meraih lebih 2 juta pelayar yang menonton muzik videotersebut, kini sudah tiba masanya mereka tampilkan muzik video sebenar khas buat peminat lagu Kalau Aku Kaya yang sering bertanyakan mengenainya.
“Sebenarnya selepas lagu Kalau Aku Kaya semakin dikenali dan popular, ramai yang mencari muzik videonya di Youtube, padahal kami belum hasilkannya lagi. Jadi ketika itu kami buat keputusan untuk keluar dengan muzik video lirik dahulu.
“Tapi selepas itu, ramai pun yang tanya bila kami hendak menghasilkan muzik video rasmi lagu ini. Selepas melihat sambutan yang menggalakan itu jadi kami rasa ada baiknya kami hasilkan kini ketika lagu ini masih popular,” jelasnya lagi.
Muzik video yang dihasilkan sepenuhnya dalam masa sebulan setengah itu mengambil lokasi penggambaran di sekitar Grik, Perak untuk AwiRafael dan Altimet pula di showrrom kereta di sekitar Kuala Lumpur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts