translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

JEP TEWASKAN JOHAN, JUARAI PERTANDINGAN SUPER SPONTAN 2013

jep tewaskan johan juarai pertandingan super spontan 2013

Seperti yang dijangka, pelawak Jep dari kumpulan Sepahtu telah menjuarai peringkat akhir Super Spontan 2013 yang berlangsung malam tadi dengan menewaskan Johan yang menduduki tempat kedua.
Kemenangan tersebut membolehkan Jep membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Nissan Silphy 2.0 beserta trofi.
Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi. Tempat ketiga menjadi milik Nabil yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.
Tiga pemenang saguhati iaitu Yus, Rahim dan tauke pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani diiringi Pengurus Saluran Astro warna, Rostam Said. Seperti mana minggu-minggu lalu, peringkat akhir Super Spontan 2013 kali ini menyaksikan enam sketsa disediakan untuk para finalis bersaing sesama sendiri, bezanya kali ini mereka bermain secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti dahulu.
Permainan dimulakan dengan permainan Beku, di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti.
Permainan kedua adalah Skrip Rabak, finalis akan dibahagikan kepada tiga pasangan dan tiga artis jemputan tampil untuk permainan iaitu Azlan The Typewritter, Deqna AF5 dan Toi AF6 untuk membantu membacakan skrip yang tertera di atas kertas yang diberikan.
Permainan ketiga pula ialah Maju Mundur, tiga finalis diperlukan untuk melakonkan satu sketsa yang diberikan hos. Gerak geri mereka akan ditentukan oleh satu suara khas yang akan menyebut Maju untuk mereka teruskan sketsa atau Mundur untuk mereka ulangi semula sketsa yang dilakonkan tadi.
Permainan keempat pula ialah Ciptaan, dan sekali lagi finalis akan berentap secara berpasangan di mana mereka akan diberikan sejenis peralatan dan menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu.
Permainan kelima Pilihan Lain, setiap finalis akan diberikan satu situasi untuk dilakonkan. Apabila loceng dibunyikan, mereka harus menukar pilihan ayat yang mereka suarakan dengan pilihan lain mengikut kreativiti sendiri.
Permainan terakhir adalah Muzik Video Karaoke, finalis harus mengikut arahan dari pengarah iaitu Afdlin Shauki dan seorang penonton jemputan melakonkan satu gerak aksi. Dan sebaik muzik dimainkan, mereka harus melakonkan aksi yang diarahkan berulang kali sehingga muzik tamat.
Super Spontan 2013 peringkat akhir telah bersiaran secara langsung dari Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani, Kedah dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) serta Mustika HD (saluran 134).
Pengulas untuk program ini ialah kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak manakala hosnya pula ialah pasangan Johara, Ray dan Haniff.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts