translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Noor Kumalasari Syukur Ibu Meninggal Di Bulan Ramadan


umikalthum dan noor kumalasari








 Bekas penghibur dan pelakon Malaysia terkenal iaitu Noor Kumalasari akui lega apabila ibunya iaitu seniwati Datin Umi Kalthum, 81, telah menghembuskan nafasnya pada hari yang ke 15 dalam bulan ramadan yang penuh mulia ini .
“Alhamdulillah kerana ibu meninggal pada hari dan bulan yang baik. Memang itu yang selalu dia inginkan. Kalau meninggal dunia, biarlah pada hari yang baik. Biar takde sakit apa-apa. Alhamdulillah, apa yang dia minta tu, nampaknya telah dikurniakan Allah Taala.
“Bila saya lihat mayat dia, saya rasa terharu sangat. Sebab mayat seolah-olah macam dia sedang tidur. Cantik sangat. Cahaya Nur pun memang kelihatan di wajahnya. Semoga Allah Taala menempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Orang Islam di Klang Gate, Kuala Lumpur.
Menurut Noor Kumalasari lagi, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang di tidur kediaman Ukay Prima, milik salah seorang anaknya di pada awal pagi tadi.
“Ketika itu, anak saudara saya hendak mengejutkannya untuk bersahur tetapi kemudian dia mendapati arwah tidak bergerak-gerak. Anak saudara saya kemudian beritahu ibunya bahawa badan arwah sudah sejuk-sejuk. Lalu, ibunya pun bergegas masuk ke dalam bilik untuk melihat arwah dan akhirnya mendapati arwah memang sudah tiada,” katanya kepada portal murai.com.my.
Allahyarhamah yang dilahirkan di Lenggeng, Negeri Sembilan merupakan balu kepada pengarah serta pelakon Allahyarham Datuk S Roomai Noor yang juga ibu dan bapa kepada bekas pelakon, penyanyi dan model ternama di era 80′an iaitu Noor Kumalasari. Datin Hajjah Umi Kalthum juga merupakan ibu tiri kepada diva popular Anita Sarawak.
Seniwati filem Melayu klasik ini mula terbabit dalam dunia lakonan ketika pergi ke Singapura dengan teman sekitar tahun 1951. Antara filem terawal dilakonkan seniwati ini adalah filem seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayanmanakala filem terakhir yang menampilkannya adalah Syukur 21.
Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya pada ketika itu.
Jenazah Allahyarhamad Datin Umi Kaltum telah dimandikan di Masjid Taman Melawati dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Klang Gate di Kuala Lumpur selepas Zuhur tadi.
Ramai keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan media yang memberi penghormatan terakhir dengan mengunjungi pengebumian jenazah arwah.
Antaranya ialah Dato` Mustapha Maarof, Datuk DJ Dave, Dato` Yusof Haslam, Datuk Maria Menando, Datin Rosnani Jamil, Salmah Ahmad, Dato` Sarimah Ahmad, Dato` Aziz Sattar serta Presiden Seniman, Zed Zaidi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts