translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Perghh Jurulatih Buaya ..Nyaris Putus Kepala...Jom layannn


Seorang jurulatih di ladang ternak buaya yang popular di kalangan pelancong bernasib baik apabila terselamat daripada mengalami cedera parah selepas seekor reptilia itu menutup mulutnya dengan pantas ketika kepala jurulatih berkenaan berada di dalam.

Uthen Youngprapakorn, pemilik Ladang Buaya dan Zoo Samut Prakan berkata, kejadian yang dirakam seorang pelancong itu berlaku Ahad lalu.

Menurutnya, jurulatih buaya berusia 27 tahun, Pravit Suebmee mengalami kesan gigitan pada muka dan leher tetapi tidak serius.

Uthen berkata, Pravit mempunyai pengalaman lapan tahun melatih buaya dan kejadian Ahad lalu adalah yang paling mengerikan pernah dihadapinya. 

Selepas kejadian itu, Pravit memberitahu Uthen, ia mungkin berlaku selepas dia memasukkan kepalanya dalam mulut buaya seperti yang biasa dilakukan dalam pertunjukan sebelum ini. 

Tetapi Ahad lalu, tangannya tergelincir lalu tersentuh bahagian lain buaya berkenaan, menyebabkan reptilia itu terkejut dan menutup mulutnya serta-merta.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts