translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

PENGACARA TV BERTUDUNG MENCURI, KANTOI DI CCTV



Baca ke bawah untuk tahu siapakah pengacara ini

 Bukan diri ini tidak sedar bahawa sedang berada dalam bulan Ramadan yang mulia, tetapi Murai Batu tak dapat mengelak daripada menjadi tempat hamba-hamba Allah ini bercerita. Mereka kawan Murai Batu, nak tak nak kena dengar juga nanti kena carut kekwat.

Apatah lagi bila ia melibatkan pasal personaliti televisyen. Walaupun beralih bidang ke arena pengacaraan, gadis yang kini sopan bertudung litup dan telah berkahwin itu mempunyai perangai yang amat busuk, jauh berbeza dengan imej suci dibawanya itu. Kuat propa!

Harap muka sahaja baik, pijak semut tak mati tetapi kuat mencuri. Daripada duit, pakaiandan apa sahaja mungkin dicapai tangannya yang panjang itu, maka lesaplah ia. Bukan main hebat lagi sampai dia terlupa tentang kamera litar tertutup (CCTV) dan gerak gerinya yang diperhatikan itu.

Tujuan utama teman Murai Batu menceritakan hal yang kini telah diketahui seluruh kakitangan di stesen televisyen swasta no.1 Malaysia bukannya mahu membuka pekung pengacara rancangan bual bicara pagi itu. Cuma, dia geram kerana tidak sangka begitu sikap sebenar pengacara ini.

Disebabkan pelbagai kecurian dan kehilangan barang, individu yang bertanggungjawab ke atas barang yang hilang itu harus menanggung gantirugi. Bertambah beranglah teman Murai Batu itu sehingga baru-baru ini pengacara itu telah tertangkap setelah dan barang yang pernah dilaporkan hilang dijumpai berada dengannya.

Aiyooo hebat betul mata-mata gelap stesen televisyen itu, tangkas dan bijak. Mau tidaknya, mereka tidak larat nak menanggung gantirugi kehilangan barang, menanggung pula daripada wang kocek sendiri semenjak si hijabista bertopengkan si panjang tangan itu mengendalikan rancangan bual bicara pagi itu.

Perkara ini khabarnya telah dimaklumkan kepada pihak atasan dan juga pihak berkuasa. Tak tahulah apa nasib pengacara itu kelak. Mungkin pembaca semua boleh la tunggu dan tengok di depan televisyen, manalah tahu perasan ada pengacara yang mungkin tiba-tiba hilang! Ooppss! Selamat berbuka!

Source dari forumer Cari mengatakan pengacara itu ialah F***h, baca SINI (jika link tidak dapat diakses, mungkin ia sudah dikunci untuk forumer berdaftar saja) untuk mengetahui bagaimana F***h dikantoikan, juga gambar F***h.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts