translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

DEANNA HUSIN,PENYANYI BARU PENUH BAKAT

Deanna Hussin

Secara jujurnya, mentaliti rakyat Malaysia pasti ada saja yang tidak puas hati dengan bakat-bakat baru tempatan. Tapi bagaimana pula jika anda cuba mendengar lagu berjudul Back In Time oleh Deanna Hussin selepas ini tanpa menonton videonya? Apa komen anda?

Baru berusia 16 tahun, boleh dikatakan identiti penyanyi ini tak ubah seperti seorang lagi penyanyi tempatan yang sudah pun mencipta nama diluar sana. Bagaimanapun, alunan suara Deanna sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri. Jika sekali dengar, kami pasti anda akan ingat bahawa lagu Back In Time adalah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi dari luar negara.
Bakat Deanna mula dikesan melalui laman Youtube apabila ramai yang memuji vokal dalam lagu-lagu covernya seperti “Lose My Mind” dan juga “Who Says”.
Sekitar bulan September 2012, penyanyi yang mampu menulis lirik dalam bahasa Melayu dan juga Inggeris ini telah secara rasminya menjadi artis dibawah naungan NAR Record, sebaris dengan Najwa Latif.
Deanna HussinSelain suara yang ‘husky’, Deanna turut pandai bermain alat muzik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts