translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Dolce & Gabbana Dipenjarakan Kerana Penipuan Cukai?

Dolce & Gabbana Dipenjarakan Kerana Penipuan Cukai?

Pereka duo tersohor dunia, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana dari label Dolce & Gabbana telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun lapan bulan oleh mahkamah di Itali kerana telah didapati mengelak daripada membayar cukai yang berjumlah hampir 200 juta euro. Mereka juga telah diarahkan oleh mahkamah di Milan untuk membayar denda sebanyak 500,000 euro kepada agensi pencukaian negara tersebut.

Peguam untuk kedua-dua pereka ini yang juga merupakan peguam yang sama digunakan oleh Beyonce dan Madonna telah tampil dengan kenyataan bahawa pereka hebat asalan Itali ini akan membuat rayuan bagi meringankan hukuman ini.
Kedua mereka telah dituduh memindahkan serta menyeludup barangan mewah mereka itu ke Luxembourg secara haram untuk mengelakkan daripada membayar cukai pada tahun bermula 2004 hingga 2005.
Mereka telah dikatakan membuka sebuah lagi label yang turut didakwa mengambil sempena nama dua orang teman rapat ini iaitu GADO di Luxembourg. Pertuduhan juga ada menyebut bahawa syarikat ini dibangunkan diluar Itali untuk mengelakkan cukai oleh negara itu.
Terdahulu mereka berdua telah didapati bersalah pada bulan Mei lalu dan dijatuhi hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan. Namun pada ucapan penggulungan, pendakwaraya Laura Pedio dengan yakin berkata bahawa kedua pereka itu telah melakukan kesalahan yang berat melibatkan cukai atau "sophisticated tax fraud" dan terdapat bukti yang kukuh disebalik konspirasi ini.
Dalam pada itu, pendakwaraya tersebut juga mendakwa kes ini antara yang paling berbahaya kerana fungsi GADO seperti mencuri dan mengaut keuntungan tanpa membayar cukai kepada kerajaan negara itu.
Walaupun pada awalnya pasangan pereka ini dilaporkan telah lari dari membayar cukai hampir satu billion euro namun mahkamah mengeluarkan jumlah yang lebih relevan iaitu sebanyak 200,000 euro.
Empat individu lain turut terlibat dalam penipuan cukai ini termasuklah abang kepada Dolce iaitu Alfonso yang dimasukkan ke dalam penjara.
Kes yang mula dibicarakan sejak November lalu dan pada Mac lepas mereka telah diarahkan membayar denda sebanyak 343,000 euro dan kes ini telah dirayu oleh pereka fesyen tersohor berkenaan.
Label mewah yang ditubuhkan pada 1985 ini mempunyai hampir 3000 pekerja dan 250 butik di 40 buah negara seluruh dunia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts