translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

NAFI DITANGKAP KERANA TIDAK PUASA (LANA NORDIN)


Kecoh sebentar dunia hiburan hari ini apabila seorang pelakon wanita ditangkap tidak berpuasa sambil bermain mahjung. Siap hisap rokok lagi. Ramai pihak yang menyatakan pelakon tersebut adalah Lana Nordin yang popular dengan gelaran Pamela Anderson Malaysia.
lana nordin
Lana Nordin menafikan yang dirinya ditangkap tidak berpuasa. Kata Lana:-
Itu bukan saya. Sudah tiga hari saya terlantar sakit di rumah sampai hilang suara. Saya sekarang sedang demam, batuk dan sakit tekak. Jadi saya rasakan berita itu sangat kelakar. Kalau pun gambar yang dimaksudkan itu gambar saya, apa bukti sahih menunjukkan itu adalah saya? Sedangkan gambar itu pun diambil dari belakang
Namun begitu, Lana Nordin mengakui yang dirinya memang tidak berpuasa akibat demam. Terang Lana:-
Tapi saya akui sekarang memang saya tidak berpuasa kerana tidak sihat. Saya berjumpa doktor dan mengambil suntikan untuk meredakan demam. Saya juga perlu makan ubat, sebab itu saya tidak berpuasa. Sudah tiga hari saya demam dan saya nak keluar daripada rumah pun tak larat
lana nordin
Baguslah kalau bukan Lana Nordin yang ditangkap. Biarlah identiti si pelakon wanita itu terus menjadi misteri. Kita doakan agar dia insaf dan tidak mengulangi perbuatannya. Buat Lana, semoga cepat-cepat sihat dan dapat berpuasa seperti biasa. Pasti Lana sendiri rasa rugi kerana tidak merasai kemeriahan Ramadhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts