translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Syiah Melayu Menggunakan Kafan Berwarna Hitam | Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan Menafikan Perkara Ini


 Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan Menafikan Perkara Ini | Dari Abdullah bin Amr ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada diantara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah-belah kepada 72 puak, dan umatku pula akan berpecah-belah kepada 73 puak, semuanya akan dihumbankan dalam neraka kecuali satu puak sahaja...Sahabat-sahabat baginda bertanya: Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?...Baginda menjawab: Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku. (HR at-Tirmizi )

Hadis di atas menjelaskan perkara yang telah berlaku di zaman kita sekarang, fitnah dan mehnah telah kita rasai sekarang, sekarang ini isu Syiah dan Wahabi begitu hangat diperkatakan sekarang. Satu persatu Allah kebenaran telah tertegak dan kebatilan semakin terserlah. 

Semenjak berlakunya Revolusi Iran, siapa yang tidak bangga dengan revolusi tersebut. Imam Khomenei dianggap sebagai Mujaddid di abad ini, semua gerakan Islam begitu bangga dengan revolusi tersebut sehingga menjadi siulan dan topik ceramah di kalangan mereka, aku masih ingat sewaktu sewaktu Hizbullah ditubuhkan dan menyatakan sikap melawan Yahudi, ketika itu siapa yang tidak bangga dan sticker-sticker lambang Hizbullah di tampal dikebanyakan kereta Umat Islam ketika itu dan mereka sangat menghormati Hassan Nasrullah dan dianggap sebagai hero Umat Islam dan ketika itu Yusof Qardawi memuji Hizbullah, beliau pun tertipu ketika itu.

Tembelang mereka di buka Allah sejak berlakunya Revolusi Syria iaitu pembunuhan beramai-ramai penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah di sertai oleh Hizbullah dan Iran di belakangnya. Sewaktu itulah dunia Islam mengetahui niat mereka sebenar dan betapa bencinya mereka kepada Ahli Sunnah dan Sahabat-sahabat nabi yang lain seperti Abu Bakar, Umar, Usman dan Saidatina Aisyah  dan dan menganggap mereka Kafir dan Jalang. Mereka terlalu Agongkan Saidina Ali Dan Saidina Hassan Dan Hussein, jika Saidina ALi, Hussein dan Hassan masih hidup sudah pasti mereka tidak membenarkan perkara ini berlaku dan pasti mereka akan memerangi pengikut Syiah.

Saidina Ali, Hassan Dan Hussein merupakan keturunan nabi yang dijanjikan ke Syurga dan kita sangat menyanyangi mereka dan kita sebagai Ahli Sunnah kita tidak pernah menghina sahabat nabi yang lain, kerana meraka adalah semulia-mulia Umat dan mereka adalah Umat Nabi Muhammad saw yang terbaik dan teragong.  

Berbalik kepada Syiah Melayu dan bertapak di Malaysia, bagi akulah mereka tidak layak untuk menyebarkan ajaran mereka di Malaysia, kerana ajaran mereka mengarut dan sesat boleh tengok entri aku yang lepas-lepas berkenaan kesesatan Syiah ( Sila Klik ). Moga-moga Allah lindungi kita dari ditimpa bala bencana dari ajaran Syiah yang menyedihkan..........

Syiah Melayu Menggunakan Kafan Berwarna Hitam | Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan Menafikan Perkara Ini

Syiah Nafi Guna Kafan Warna Hitam - PENDANG : Pengikut fahaman Syiah di Kedah kecewa dengan tanggapan orang ramai bahawa mereka kafan jenazah menggunakan kain hitam dan kebumikan jenazah dalam keadaan berdiri.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan jenazah pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Banyak jenazah telah diuruskan, sama ada daripada keluarga (berfahaman) Syiah atau mana-mana pihak yang mewasiatkan untuk mayat diuruskan mengikut (amalan) Syiah.

“Jenazah dikapankan dengan kain putih. Bezanya (dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah) ialah kain itu tertulis dengan doa-doa dan dibeli dari Iran,” katanya.

Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Beliau juga sifatkan dakwaan ada kubur seorang wanita berfahaman Syiah di Kuala Rimau, Pendang, ghaib sebagai direka untuk disensasikan pihak tertentu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts