translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Anak Berstatus Muflis Buang Ibunya Kerana Anggap Membawa Sial



Seorang wanita berusia 90-an, Seni Aisyah Abdullah yang kini menderita kesunyian selama tujuh tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya hanya kerana dianggap malang dan pembawa sial.
Seni kini menjadi salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas dan gembira menjalani kehidupan baru disana.
Dia telah dibuang oleh anak-anaknya dan dihantar ke rumah itu oleh anak lelakinya yang menganggap dirinya adalah punca kegagalan perniagaan anaknya itu.
“Selama tujuh tahun saya disini, saya dijaga dengan baik oleh sukarelawan, jadi saya tidak mahu ingat lagi apa yang berlaku sebelum ini,” katanya.
Dia yang mengalami masalah sakit tua turut nyanyuk membuatkan dia tidak lagi berfikir mengenai anak-anaknya dan tidak berharap untuk kembali kepangkuan anak-anaknya lagi.
“Sekarang saya sudah tidak lagi ingat mereka dan kehidupan disini sekarang adalah lebih baik berbanding sebelumnya.
Menurut Pengasas Pusat Jagaan itu, Muji Sulaiman, Seni atau lebih mesra dipanggil Mami mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan dan mereka semuanya berada di sekitar Kuala Lumpur.
“Dulu semasa tahun pertama Mami berada di sini, selama 20 hari sepanjang Aidilfitri dia asyik termenung di luar pintu menunggu kedatangan anaknya, tapi kini sudah tujuh tahun dia menyambut Hari Raya bersama rakannya yang lain,” kata Muji

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts