translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

MALANG:- 7 KERETA DI HENTAK PIHAK TAK BERTANGGUNGJAWAB


Kuang: Tujuh wanita yang meletakkan kereta mereka di tepi jalan awam berdepan pagar sebuah kuil berdekatan Stesen Komuter Kuang, di sini, untuk ke tempat kerja di ibu kota, kerugian kira-kira RM7,000 selepas keempat-empat tayar kereta mereka dipecahkan manakala bahagian badan dikemekkan pihak tidak bertanggungjawab, Khamis lalu.
Lebih malang, mangsa terpaksa berbuka puasa dalam keadaan tidak sempurna, termasuk ada antaranya hanya meneguk air paip di Balai Polis Kuang selepas membuat laporan kejadian, jam 7 malam.

Seorang mangsa, Kasmawati Abdul Wahab, 39, berkata, kejadian disedari jam 6.30 petang sebaik ingin menaiki kereta untuk pulang ke rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh, dekat sini.
“Pada mulanya saya sangka keempat-empat tayar itu hanya dibuang angin, begitu juga dengan enam kereta lain.

“Kebetulan ada seorang kakak yang kasihan melihat kami membawa saya dan tiga lagi mangsa lain mencari bengkel di sekitar Matang Pagar.

“Namun sebaik mekanik tiba, dia beritahu tayar kereta kami tak boleh ditampal kerana sengaja dipecahkan dengan menggunakan objek tajam seperti pemecah ais, pisau atau pemutar skru.
“Lebih mengejutkan apabila saya dapati bahagian kanan kereta berdekatan lampu belakang, seolah-olah sengaja dilanggar lori berdasarkan kesan kemek yang teruk,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Kuang selepas membuat laporan kejadian.

Kasmawati berkata, disebabkan kejadian itu disedari terlalu hampir dengan waktu berbuka puasa, dia hanya sempat berbuka dengan meneguk air paip di balai polis berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, dia berterima kasih kepada anggota polis di balai berkenaan yang baik hati dan membelikan mereka kuih dan air kotak untuk mengalas perut.

“Nak makan pun tak selera mengenangkan nasib badan. Tak sangka ada juga orang berhati busuk yang tergamak melakukan perbuatan khianat sedemikian rupa. Apa salah kami, kami parkir di luar pagar kuil dan di jalan awam.

“Kalau mereka tak mahu orang letak kereta di situ, letaklah halangan seperti kon atau pasu bunga, rasanya orang akan faham walaupun mereka tiada hak berbuat demikian kerana ia jalan awam.

“Ini tidak, sampaikan tergamak memecahkan keempat-empat tayar kereta kami. Sudahlah tayar tidak boleh tuntut insurans, saya terpaksa bayar kira-kira RM1,000 untuk upah trak tunda dan tukar tayar baru.

“Itu belum termasuk bayaran baiki kesan kemek yang teruk. Kami takkan maafkan manusia berhati binatang seperti itu. “Kami harap polis dapat bertindak segera menahan suspek supaya menjadi pengajaran dan memastikan insiden sama tidak berulang pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Balai Polis Kuang mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata, pihaknya kini menyiasat kes itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts