translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

KOMEDI GELAP PILIHAN DEPP


Pelakon terkenal Johnny Depp, 50, kini dalam perbincangan sebelum menandatangani perjanjian untuk berlakon dalam filem Mortdecai memegang watak utama sebagai Charles Mortdecai.
Filem ini adalah adaptasi daripada novel komedi gelap hasil tulisan Kyril Bonfigliolio pada 1970, The Great Mortdecai Moustache Mystery mengenai pencinta lukisan yang mula berniat jahat. 
Penulis skrip terkenal dengan hasil filem seperti Jurassic Park dan Spider Man, David Koepp dikatakan bakal mengarahkan filem yang skripnya ditulis Eric Aronson, manakala Depp dan sahabatnya, Christi Dembrowski dan Andrew Lazar menjadi penerbit.

Berdasarkan novel, Mortdecai bersaing dengan ramai orang untuk mendapatkan
kembali lukisan yang dicuri kerana dikatakan mengandungi kod akaun peti bank tempat Nazi menyimpan emas. Sepanjang usahanya mendapatkan lukisan itu, dia terpaksa berdepan pengganas antarabangsa. 
Projek ini dimulakan Warner Bros sejak beberapa tahun lalu tapi terpaksa dihentikan hinggalah awal tahun ini. Bintang filem The Lone Ranger itu didakwa akan memulakan penggambaran Mortdecai sebelum ke lokasi penggambaran Pirates Of The Caribbean sekual kelima, tahun depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts