translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

PENJENAYAH MAHU TEMBAK BAPA TAPI TERKENA ANAK

Georgetown: Tembakan rambang bertubi-tubi dilepaskan seorang lelaki nyaris meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ketika itu turut berada di lokasi kejadian bersama bapanya di pekarangan Pangsapuri Golf View, Bukit Jambul, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, penjenayah terbabit dikatakan menyasarkan tembakan terhadap bapa mangsa dan juga seorang lagi rakannya, tetapi ia tidak mengenai sasaran apabila mereka sempat melarikan diri.

Sumber berkata, difahamkan, mangsa ketika itu berada bersebelahan bapanya yang ketika itu sedang berbual dengan seorang rakan di sebuah kerusi batu di kawasan pangsapuri terbabit.

Menurutnya, seorang lelaki memakai jaket hitam dan bertopi keledar menunggang motosikal dikatakan berhenti kira-kira 10 meter dari mereka sebelum melepaskan tembakan rambang.

Foto
ANGGOTA forensik polis menyiasat tempat kejadian seorang kanak-kanak lelaki cedera di lutut kiri selepas terkena tembakan rambang dilepaskan seorang lelaki.

“Terkejut dengan tembakan itu, bapa mangsa membawa anaknya lari menyelamatkan diri, menyebabkan tembakan itu terkena paha kiri serta dahinya luka akibat serpihan peluru.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts