translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

KES CULIK:REMAJA 19 TAHUN DI TAHAN


Jakarta: Polis Jakarta semalam menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang didakwa menculik kenalan perempuannya yang dikenali di Facebook.
Jurucakap polis berkata, suspek dan remaja perempuan berusia 16 tahun itu berkomunikasi di laman media sosial sejak 2011.

Menurutnya, mangsa pelajar gred 11 yang tinggal di Lampung memutuskan untuk bertemu suspek, pelajar kolej yang tercicir di Jakarta.
“Suspek mengatakan dia ingin membawa remaja perempuan terbabit bertemu bapanya yang bekerja di kilang dekat Pulogadung, Jakarta Timur,” katanya. Jurucakap polis berkata, mangsa tiba dengan feri di Pelabuhan Merak di Banten kira-kira jam 9 malam pada 6 Julai lalu dan dijemput oleh suspek.

Suspek kemudian membawanya ke sebuah rumah kosong milik rakannya di Ciputat, Jakarta Selatan dan mengurung mangsa di sana hingga 11 Julai lalu.

Bapa mangsa melaporkan mengenai kehilangan anak perempuannya.
Pihak berkuasa kemudian berjaya mengesan mereka selepas memeriksa akaun Facebook mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts