translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Taufan Soulik landa Taiwan



IMEJ satelit yang dikeluarkan semalam menunjukkan taufan Soulik semakin kuat dan dijangka melanda kawasan utara Taiwan dalam tempoh 72 jam lagi.- AFP


TAIPEI - Pihak berkuasa Taiwan memindahkan kira-kira 2,300 orang pelancong semalam dari Pulau Hijau, dekat bandar Taitung berikutan kawasan utara negara itu diramal dilanda oleh ribut taufan Soulik.
Taiwan turut mengeluarkan amaran kepada kapal-kapal yang belayar di kawasan utara dan timur Taiwan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
Taufan Soulik dengan kelajuan angin mencecah 227 kilometer sejam (km/j) dikatakan berada pada jarak 960 kilometer di timur pulau tersebut, jelas Biro Pusat Cuaca Taiwan.
Ia bergerak menuju ke arah selatan Taiwan pada kelajuan 22km/j dan dijangka melanda bahagian utara negara berkenaan pada lewat malam ini atau pagi Sabtu.
"Orang ramai perlu lebih berhati-hati kerana taufan ini membawa angin kencang dan hujan lebat," kata seorang kakitangan ramalan kaji cuaca.
Badan pemantau Hong Kong mengklasifikasikan Soulik sebagai 'taufan super'. Sementara biro cuaca Taiwan menyifatkannya sebagai 'taufan yang kuat.'
Pihak berkuasa China pula mengekalkan amaran tahap oren. Selepas melanda atau melewati Taiwan, taufan Soulik akan menuju ke arah kawasan pantai Zhejiang dan Fujian, China.
Pada tahun 2009, taufan Morakot membunuh kira-kira 600 orang di Taiwan, kebanyakannya tertimbus akibat tanah runtuh.

Satu taufan kuat melanda utara Taiwan semalam membunuh sekurang-kurangnya seorang dan menjejaskan sistem pengangkutan serta aktiviti perdagangan di pulau dihuni 23 juta orang itu.
Biro Cuaca Pusat Taiwan berkata, pada jam 8.30 pagi taufan Soulik bertiup di lautan hanya di barat bandar Hsinchu di negara itu. Ia membawa angin yang bertiup 137 kilometer sejam, berkurang daripada 163 kilometer sejam ketika ia mendarat di Taiwan pada waktu subuh.
Bagaimanapun, pada kelajuan itu taufan berkenaan mencukupi untuk memusnahkan sebuah bangunan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts