translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Kongsi kekayaan Mindanao


Kongsi kekayaan Mindanao
Pengerusi MILF Murad Ebrahim Al Haj (dua dari kiri) bersama Presiden Filipina, Benigno Aquino III (kanan) diambil pada tahun lalu.

Filipina, pemimpin MILF tandatangani perjanjian

Manila: Kerajaan Filipina dan pemimpin Moro bersetuju berkongsi kekayaan selatan Mindanao dengan menandatangani satu perjanjian semalam selepas berunding lapan bulan.
Ia dilihat membawa Presiden Benigno Aquino lebih hampir kepada perjanjian akhir menamatkan pemberontakan selama empat dekad di selatan negara itu.


Komitmen

“Kedua-dua pihak menunjukkan komitmen menyeluruh dengan bersetuju meneruskan rundingan yang pada mulanya dijadualkan selama empat hari kepada enam hari hingga mencapai persetujuan,” menurut kenyataan Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Perjanjian itu memberi panduan mencukupi untuk merangka syarat kongsi kekayaan dan penjanaan keuntungan mengikut satu undang-undang memperluas autonomi penduduk Islam di rantau dipanggil Bangsamoro.

Penduduk Islam akan mendapat 75 peratus sumber logam dan keuntungan jualan fosil yang sama rata, kata Naib Pengerusi MILF, Ghadzali Jaafar, ketika dihubungi.
“Kami akan bertemu lagi untuk perbincangan akhir,” katanya. Kenyataan itu tidak mendedahkan perincian perjanjian.

Tamatnya satu konflik paling lama di Asia Tenggara mungkin membantu membawa pelabur ke Mindanao untuk mengeksploitasi simpanan mineral bernilai AS$312 bilion (RM990.60 bilion).

Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita Wilayah Autonomi Mindanao yang majoritinya penduduk Islam mencapai 26,004 peso (RM1,904.12) pada 2011.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts