translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

KHATAM QURAN DAN PERNIKAHAN DIANA AMIR, HABIB

Semalam telah berlangsungnya majlis khatam Al-Quran dan doa selamat buat pelakon, Diana Amir, yang telah dianjurkan oleh produksi naungannya, MIG Pictures, bertempat di Wisma Metrowealth, Subang Jaya, Selangor. 
Majlis yang mendapat sentuhan kreatif daripada perunding perkahwinan, Emy Beauty Me itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga Diana dan warga MIG sahaja. 
Disamping mengadakan majlis khatam Al-Quran, Diana turut mengadakan majlis malam berinainya, di mana pelakon tersebut telah memilih khidmat pelukis inai profesional, Lea Henna Artist. Untuk makluman, sebelum ini terdapat beberapa artis tempatan yang turut menggunakan perkhidmatan Lea Henna, antaranya adalah Diana Danielle, Izzue Islam, Pierre Andre dan Black Hanifah. 
Sepanjang majlis berlangsung, nampaknya bakal suami Diana, Habib A Rahman turut hadir bagi melengkapkan lagi majlis dan jejaka tersebut kelihatan sangat segak apabila menggayakan set lengkap baju melayu rona kelabu. 
Dalam pada itu, pengarah urusan MIG Pictures, David Teo turut hadir bersama krew produksinya yang lain. Sebagai rujukan, malam ini bakal berlangsungnya majlis pernikahan antara Diana Amir dan tunang tercinta, Habib, yang akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Untuk semua peminat Diana, jangan ketinggalan untuk membaca laporan serta foto-foto pernikahan pelakon tersebut yang akan kami update malam nanti ya.
Sebelum itu, jom lihat beberapa foto menarik sekitar majlis malam berinai dan khatam Al-Quran Diana selepas ini.



diana amir khatam quran  malam berinai bersama keluarga mig


Pada malam tadi, telah berlangsung majlis khatam Al-Quran, majlis doa selamat dan berinai. Majlis diadakan di bangunan pejabat Metrowealth. Menurut laporan blog beautifulnara majlis ini kelihatan ringkas tetapi elegan, kerana apa yang penting dan dituntut ialah mengharapkan keberkatan Allah. 
DianaAmir02

Diana Amir begitu anggun dan ayu apabila mengenakan tudung dan busana rona ungu muda dan putih. Lebih menarik, majlis khatam Al-Quran berkenaan dikendalikan sendiri oleh Habib iaitu tunang Diana. Diana sebelum ini memberitahu beliau sudah yakin dan percaya akan kemampuan yang dimiliki oleh tunangnya itu bagi mengemudi bahtera perkahwinan mereka nanti.
Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis akad nikah pelakon Diana Amir yang telah dinikahkan dengan Muhammad Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang Pensyarah di UiTM Merbok Kedah di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Dengan sekali lafaz Diana Amir telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Habib Bullah A. Rahman.
Majlis telah dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.Dikesempatan ini Dr Fuh ingin mengucapkan tahniah kepada Diana Amir dan pasangan hidup yang dipilih olehnya, Habib Bullah A. Rahman. Semoga hubungan yang terjalin berkekalan hingga ke hujung nyawa dan berbahagia sampai ke Jannah.
diana amir habib selamat diijabkabul dengan sekali lafaz

diana amir habib selamat diijabkabul dengan sekali lafaz
Dengan sekali lafaz, aktres Diana Amir selamat diijabkabulkan dengan suaminya, Mohd Habib Bullah A. Rahman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira jam, 9.30 malam tadi.
Diana Amir dan Habib telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Hazaruddin Baharuddin dan disaksikan oleh 2 orang Imam masjid berkenaan. Dalam majlis akad itu, Diana telah berwakil walikan bapanya, Mohd Kassim.
Mempelai yang mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail kemudian ke sesi membatalkan air sembahyang yang mana Habib telah menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Diana Amir.
Habib telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1000 dan senaskah al-Quran selain sebentuk cincin. Tidak seperti kebiasaan pasangan bernikah yang lain, kedua-dua mempelai tidak mengikut adat berbalas hantaran.
Pasangan kemudian diraikan di atas pelamin yang berkonsepkan Taman Kristal ilham dari penaja dekorasi iaitu Saidul Sin Couture Gallery.
Majlis yang diuruskan oleh Tetta Juta Event telah dihadiri oleh 300 orang tetamu iaitu terdiri daripada kalangan media, rakan artis, sahabat dan juga keluarga kedua belah pihak.
Selain keluarga kedua belah pihak, majlis turut dihadiri oleh David Teo dan isteri serta rakan artis seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Adam Corrie dan Anita Baharom.
Pasangan belum memutuskan sama ada akan mengadakan majlis resepsi atau tidak dan bakal mengumumkannya di kemudian hari.
Pasangan ini telah berkenalan pada tahun 2011 dan bertunang pada September 2012. Suaminya merupakan Pensyarah Sains Politik dan Asean di UiTM Merbok, Kedah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts