Penyanyi terkenal dunia, Rihanna sekali lagi berdepan kontroversi apabila diarah meninggalkan perkarangan Masjid Besar Sheikh Zayed yang terletak di Abu Dhabi selepas mengadakan fotografi yang dianggap tidak menghormati tempat suci bagi umat Islam itu. 
 Walaupun mengenakan pakai sopan sepanjang fotografi itu dijalankan, kehadirannya mengundang rasa kurang senang pihak berkuasa memandangkan reputasi penyanyi itu yang dikenali dengan imej seksi. 
 Sebelum ini, kehadiran Rihanna di Abu Dhabi adalah untuk persembahan konsert jelajah dunianya sempena pelancaran album terbaru, 'Unapologetic'.