translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

UQASHA SENROSE NAFI CURANG, MAHU PEKIN TUNJUK BUKTI

uqasha senrose nafi curang mahu pekin tunjuk bukti

Aktres Uqasha Senrose menafikan sekeras-kerasnya dakwaaan aktor Pekin Ibrahim yang dia telah berlaku curang dalam hubungan cinta mereka. Menerusi laporan Kosmo!, Uqasha dengan nada sedih bercampur kecewa berkata dia tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan mana-mana aktor selain Pekin sendiri. Malah, dia tidak menyangka Pekin sanggup memburukkannya dengan keadaan sedemikian rupa. 
Tindakan Pekin itu menurut Uqasha akan menyebabkan orang ramai menuding jari mengatakan dia gadis yang jahat lalu mengaitkan kembali kontroversi lalunya dengan pelawak Nabil Ahmad selepas foto kononnya mereka bercium tersebar di internet. “Saya tidak sangka seorang pelakon yang sudah 16 tahun dalam industri tergamak memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dahulu dengan saya. Saya tiada hubungan langsung dengan aktor yang didakwanya itu,” tegasnya yang terkejut dengan berita mengenai keburukannya dari mulut Pekin. 
Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Pekin, Uqasha berkata hubungan mereka kini sudah putus tetapi punca perpisahan tersebut bukan kerana orang ketiga. “Kami bergaduh dan kemudiannya putus bukan disebabkan orang ketiga. Ia berpunca daripada sikap kasar dan panas barannya. Walaupun dia tidak pernah memukul saya tetapi dia sering memarahi dan memutuskan hubungan kami. Selang lima minit kemudian dia akan memujuk saya semula,” jelas Uqasha. 
Tegas pelakon berusia 21 tahun itu, jika benar Pekin mempunyai bukti mengatakan dia curang sila tunjukkan. Uqasha juga mengakui berasa sangat sedih kerana ketika dia masih bersama Pekin, pelakon filem Bunohan itu selalu menaburkan pujian terhadapnya di media. Sebaliknya, bila sudah putus Pekin sanggup mencanangkan keburukan bekas kekasihnya itu. “Biarpun usianya sudah 32 tahun, sebenarnya pemikirannya sangat cetek dan perangai dia sangat kebudak-budakan. 
Saya mengakui masih muda dan banyak buat silap. “Disebabkan itu saya perlukan seseorang yang matang untuk membimbing tetapi tidak sangka pula dia bukan seperti yang saya harapkan,” ungkapnya. Disoal sama ada dia akan menerima kembali Pekin selepas ini, kata Uqasha dalam nada sedih, dia tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. “Perasaan sayang saya terhadapnya masih ada. Saya percaya masih ada sikap baik dalam dirinya itu. Saya tidak akan membencinya,” tambah Uqasha.

PUTUS TUNANG, PEKIN ADA BUKTI UQASHA SENROSE CURANG


Pekin dan Uqasha sudah tidak lagi bersama. Ini semua gara-gara timbulnya gosip dua hari lalu yang kononnya Uqasha telah berlaku curang terhadap Pekin.

putus tunang pekin ada bukti uqasha senrose curang

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Pekin yang ditemui akhbar berkenaan mengakui bahawa hubungannya dengan Uqasha sudah pun berakhir. Dalam temubual tersebut, Pekin berkata semuanya berpunca apabila dia mendapat bukti tentang Uqasha yang telah bermain kayu tiga dengan seorang pelakon popular tempatan sehingga dia mengambil keputusan untuk berpisah pada minggu lalu.
Jika diikutkan perancangan awal, mereka berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti. Menurut Pekin, dia tidak menyangka yang Uqasha sanggup bertindak curang dengan mempunyai hubungan dengan aktor yang merupakan gandingannya dalam sebuah drama tempatan itu. 
Malah Pekin juga mendakwa yang dia mempunyai bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit jadi perkara itu sudah tidak boleh dinafikan lagi. Lagipun tambah Pekin, ianya bukan kali pertama Uqasha berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini Pekin masih mampu memaafkan Uqasha tetapi untuk kali ini dia merasakan lebih baik mereka berpisah sahaja. Pekin juga sudah tekad untuk tidak lagi menerima Uqasha etelah apa yang berlaku sekarang ini dan beranggapan tiada jodoh antara mereka. 
Malah dia sendiri sudah menghubungi aktor yang dikaitkan dengan Uqasha dan berpesan supaya menjaga Uqasha sebaik-baiknya kalau mereka memang benar-benar bercinta. Luahan hati aktor berusia 32 turut menambah yang sejujurnya dia berasa sangat kecewa kerana sepanjang menjalinkan hubungan dengan Uqasha, dia tidak pernah bersikap curang. Namun itu semua adalah dugaan dan dia harus meneruskan hidup. Ditanya pula perancangan masa depan, Pekin berkata dia akan memberi fokus utama kepada kariernya sebagai anak seni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts