translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Jenazah Sherul Aizam Akhirnya Dikebumi Setelah Mahkamah Tolak Rayuan Bedah Siasat Kali Ke Dua

‘Tetap bela maruah anak’

Ipoh: Selepas 60 hari berada di bilik mayat, jenazah Allahyarham Sherol Aizam, 27, yang dikatakan meninggal dunia kerana sesak nafas akibat tersepit pada tingkap pada 20 Julai lalu, akhirnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Gurap, Jalan Kuala Kangsar, di sini, pada jam 12 tengah hari, semalam.

Jenazah arwah selamat dikebumikan selepas mayatnya itu dituntut bapanya, Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50, di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada jam 11 pagi sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Saz, Silibin, untuk disembahyangkan.

Menurut Damanhuri, keputusan itu dibuat selepas dia terbuka hati untuk mempertimbangkan segala pendapat daripada beberapa doktor pakar serta nasihat peguam peribadinya pada Isnin lalu.

“Keputusan itu dibuat dua hari lalu dan ia dilakukan tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

“Malah, keputusan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan turut dibatalkan berikutan terpaksa mengambil tempoh agak lama,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Gurap, semalam.

Menurut Damanhuri, walaupun jenazah anaknya selamat dikebumikan, perjuangannya sebagai seorang bapa akan tetap diteruskan bagi membela maruah arwah.

"Tetapi ini tidak bermakna bahawa saya berputus asa dalam mencari kebenaran terhadap kematian anak saya," kata pemilik restoran berusia 50 tahun itu.

Sebelum ini, mayat Sherul Aizam enggan dikebumikan bapanya kerana mahukan bedah siasat kedua dijalankan ke atas anaknya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat pertama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts