translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

MAYAT KANAK-KANAK 5 TAHUN DITEMUI REPUT


PETALING JAYA - Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui hampir reput dalam rumah keluarganya di sebuah pangsapuri semalam.
Kanak-kanak perempuan itu dipercayai mati akibat lemas terhidu asap pada 13 September lalu dalam satu daripada beberapa cubaan membunuh diri oleh ibu bapa kanak-kanak itu.
Sehubungan itu, polis menahan seorang kontraktor dan isteri bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan itu, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.
Beliau berkata mayat kanak-kanak tersebut ditemui rakan pasangan terbabit yang ke rumah mereka pada 7.30 pagi ini setelah kanak-kanak itu tidak hadir ke tadika di kawasan pangsapuri berkenaan sejak Jumaat lepas.
"Pada mulanya, wanita berkenaan tidak dibenarkan masuk dan selepas lebih sejam menunggu di luar, barulah anak lelaki pasangan terbabit membenarkannya masuk. Wanita itu melihat pasangan tersebut sugul menghadap mayat anak perempuan mereka yang terbaring atas tilam dalam bilik di rumah itu,” katanya kepada pemberita di sini.
Wanita berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya pada pukul 9 pagi.
Arjunaidi berkata, siasatan awal polis mendapati pasangan itu cuba membunuh diri akibat masalah kewangan bersama anak-anak mereka (kanak-kanak perempuan itu dan anak lelaki berusia 7 tahun) pada Rabu dan Khamis lepas dengan melemaskan diri dengan membakar arang dalam bilik unit pangsapuri itu dan menutup semua saluran udara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts