translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Rosli Bunuh Duncant Stewart ketika berusia 16 tahun



jika rosli dikatakan pejuang tanah air/kemerdekaan..siapa pula polis yg memakai songkok mengiringi beliau itu?
Tanggal 2 Mac 1950, seorang anak muda daripada Kampung Pulo, Sibu, Sarawak berusia 16 tahun telah maut di tali gantung kerana didapati bersalah membunuh seorang gabenor British yang bertugas di Sarawak, Duncan Stewart.

Nama pemuda ini harum namanya dan sebaris dengan pejuang-pejuang Melayu/Bumiputera Islam yang lain seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah dan Dol Said. Beliau adalah Allahyarham Rosli Dhobi.

Rosli Dhobi (1932 – March 2, 1950) merupakan nasioalis pejuang kemerdekaan Sarawak. Dilahirkan di Sibu dan bertugas sebagai seorang guru. Beliau banyak menghasilkan puisi dan karya yang memperjuangkan kemerdekaan Sarawak.

Rosli Dhobi menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British. Selepas perang dunia kedua, keluarga Sir Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London.

Duncan Stewart yang dibunuh oleh Rosli Dhobi adalah gabenor kedua British. Insiden tersebut berlaku pada 3 Disember 1949. Stewart telah ditikam menggunakan badik(sejenis senjata seperti pisau) yang telah dibubuh racun. Akibat tikaman beracun tersebut, Stewart terpaksa dihantar mendapat rawatan rapi ke Kuching dan kemudian ke Singapura. Stewart meninggal dunia seminggu selepas kejadian.

Sebenarnya, Rosli Dhobi bukan berseorangan menjalankan misi tersebut. Beliau yang menganggotai pakatan sulit yang dikenali Rukun 13 telah disertai oleh Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.

Bersama-sama rakan seperjuangannya, Rosli Dhobi terpaksa meringkuk di penjara. Di sana, mereka diseksa oleh para tali barut British. Malahan terdapat sumber mengatakan, isteri Duncan Stewart yang berada di London membuat permintaan khas bagi membawa Rosli Dhobi hidup-hidup ke London bagi menjalani pembicaraan di sana.

Walaubagaimanapun, terdapat halangan besar bagi merealisasikan hajat isteri Stewart kerana umur Rosli Dhobi belum pun mencecah 18 tahun. Adalah menjadi kesalahan dalam undang-undang British menghukum mati kepada pesalah bawah umur.Biarpun begitu, pada 2 Mac 1950, Allahyarham Rosli Dhobi akhirnya dihukum gantung sampai mati. Ketika itu umur beliau belum pun mencecah 18 tahun.

Antara sebab British ‘mempercepatkan’ proses hukuman ini adalah untuk menutup mulut serta menghapuskan saki baki pejuangan anti-British di Sarawak.Jenazah Rosli Dhobi dan rakan-rakan disemadikan di pekarangan Penjara Kuching dengan tidak berbatu nisan. Namun, selepas merdeka, kerajaan Sarawak mengambil inisiatif membina batu nisan kepada pejuang-pejuang ini.

Pada tahun 1996, selepas beberapa desakan di kalangan saudara-mara Rosli Dhobi dan pejuang-pejuang yang lain, kubur mereka digali untuk pengebumian semula di kampung halaman masing-masing. Ia juga untuk memenuhi wasiat Rosli Dhobi yang ditulis kepada ibunya sehari sebelum dihukum gantung supaya jenazahnya dibalut dengan bendera Sarawak.

Miskipun Rosli Dhobi telah lama tiada, akan tetapi roh pejuangannya tetap abadi. Pejuangan Rosli Dhobi walaupun pada usia yang cukup mentah ternyata begitu mengagumkan.

Al-fatihah kepada Allahyarham Rosli Dhobi. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para Syuhada. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts