translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

"Vikingdom" hasil idea peminat


15 Sep – "Vikingdom" adalah sebuah filem antarabangsa pertama terbitan KRU Studios mengisahkan raja yang kian dilupakan telah ditugaskan untuk mengalahkan Tuhan Kilat iaitu Thor. Filem ini dijadualkan akan ditayangkan di 89 lokasi seluruh Malaysia dan juga di panggung Amerika Syarikat.
Walaupun mungkin agak pelik sedikit apabila filem tentang Viking ini diarahkan oleh rakyat Malaysia, pengarah filem ini, Yusry Abdul Halim menerangkan bagaimana idea untuk menghasilkan "Vikingdom" tercetus.
"Vikingdom" hasil idea peminat
"Pada tahun 2007, saya berada di Cannes bersama adik-beradik saya, Norman dan Edry untuk mempromosikan filem "Cicak-Man". Di sana, kami telah bertemu dengan seorang peminat filem yang berminat untuk menjual idea kami tentang rancangan televisyen mengenai Viking. Dari situ, kami terbayang akan potensinya.
"Kami telah melawat Sweden beberapa kali dan membuat kajian tentang Viking di sana. Namun selepas dua tahun kemudian baru Norman memilih idea itu semula dan menulis konsep cerita, kemudiannya diserahkan kepada James Coyne untuk mengolahnya ke bentuk skrip," ujar Yusry ketika ditemui di majlis pra-tonton filem baru-baru ini.
Ditanya tentang perasaannya selepas selesai menghasilkan "Vikingdom", pengarah berusia 40 tahun ini memberitahu, "Menyiapkan filem ini membuatkan saya berasa bangga. Pada mulanya, setiap kali kami berkata kami akan membuat filem Viking di Malaysia, kami diberitahu ia tidak boleh dilakukan atau ia terlalu bercita-cita tinggi.
"Memang ada rasa begitu ketika awal pembikinannya, tetapi hari ini kami sedang mempromosi filem tersebut dan mengetahui bahawa ia bukan sahaja akan diriliskan di Malaysia, malah juga di Amerika Syarikat."
Yusry turut berharap rakyat Malaysia akan berbangga dengan filem ini kerana ianya menggunakan 100 peratus tenaga tempatan walaupun membariskan pelakon antarabangsa seperti Dominic Purcell, Craig Fairbrass, Natassia Malthe, Conan Stevens dan Jon Foo.
Selain Malaysia dan Amerika Syarikat, filem ini juga akan diedarkan oleh pengedar terkenal seperti Universal Pictures yang telah diperolehi "Vikingdom" untuk beberapa negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil.
Yusry turut memberitahu hasil penjualan hak pengedaran berikut, filem ini telah berjaya mengutip RM10 juta sebelum tarikh tayangan.
"Vikingdom" telah ditayangkan di pawagam bermula 12 September ini dan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober akan datang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts