translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Sah Mawar Duta Tudung Fareeda akan bertunang dengan Fizo Omar


Bukan gosip atau khabar angin tetapi Fizo Omar secara ekslusif dan secara langsung di TV9 Nasi Lemak Kopi O sebentar tadi telah mengumumkan tentang hubungan nya dengan Mawar iaitu model tudung Fareeda.

Fizo memberitahu bahawa mereka akan bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat ini.
Tetapi tarikh nya akan diberitahu kemudian katanya.Semoga hajat kedua-dua mereka tercapai untuk membina masjid.
mawar fareeda
Untuk makluman anda, nama penuh bakal tunang Fizo Omar ialah Mawar Abdul Karim. Ibunya, Faridah Zakaria adalah pengasas tudung Fareeda yang sangat popular di Malaysia. Keluarga Fizo Omar telah pun datang merisik pada 28 Ogos yang lalu. Kata ibu Mawar:-
Memang benar anak saya Mawar bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fizo Omar pada awal Oktober ini. Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum boleh mengumumkan tarikh pertunangan itu.
fareeda
Memang Mawar dan Fizo adalah pasangan yang tampak sangat sesuai. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Malah kedua-duanya pun bergiat aktif dalam perniagaan. Insya Allah apabila dah berkahwin nanti makin berkembanglah perniagaan mereka. Memang pilihan yang tepat. Tahniah Fizo dan Mawar!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts