translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

RASHID SIDEK LETAK JAWATAN:-TIDAK BOLEH IKUT RENTAK AIK MONG


Punca sebenar Rashid Sidek letak jawatan dari BAM - Perletakan jawatan yang diumumkan oleh Rashid Sidek semalam sebagai jurulatih badmintan negara amat mengejut orang ramai termasuk pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei.

Berbanding Misbun Sidek yang terus berahsia daripada memberikan penjelasan punca sebenar dia meletakkan jawatan, tidak pula bagi Rashid Sidek yang secara terus-terang memberitahu tidak senang pertukaran pucuk pimpinan BAM.

Menurut bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 199
6 itu, dia tidak boleh ikut dengan struktur baru yang diterapkan Aik Mong ketika ini kerana disifatkannya seolah-olah merendahkan kemampuan jurulatih yang sedia ada.

“Saya tidak boleh ikut lenggok sistem sekarang, jadi tiada guna saya tunggu lagi. Sebab itu saya buat keputusan untuk meletak jawatan."

“Rasa macam diludah oleh TMG yang seolah-olah menganggap sumbangan jurulatih sebelum ini sangat sedikit. Ia secara tidak langsung membuat saya dan jurulatih lain fikir kami diletakkan pada tahap paling rendah."

“Lagi pun saya tidak boleh tahan tengok muka orang yang sebelum ini tiada kuasa, tiba-tiba diberikan kuasa dan sering mencanang dirinya bekas pemain nombor tiga dunia (Aik Mong). Habis saya ini siapa?”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts