translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Charlie Hunnam, Dakota Johnson teraju Fifty Shades

Charlie Hunnam, Dakota Johnson teraju Fifty Shades
Charlie Hunnam, Dakota Johnson teraju Fifty Shades


3 Sep – Pelakon Charlie Hunnam dan Dakota Johnson bakal memegang watak Christian Grey dan Anastasia Steele dalam filem yang diadaptasi daripada novel erotik karya E.L James, "Fifty Shades Of Grey".
Berita ini disahkan oleh penulis novel itu sendiri menerusi akaun Twitter.
"Saya teruja untuk mengumumkan bahawa Dakota Johnson telah bersetuju untuk menjadi Anastasia dalam filem adaptasi "Fifty Shades Of Grey". Charlie Hunnam yang berbakat dan kacak pula bakal menjadi Christian Grey," ujarnya.
Hunnam, 33, yang dikenali menerusi siri "Sons Of Anarchy" memegang watak Christian, seorang ahli perniagaan berjaya yang menggemari seks tegar.
Manakala Johnson, 23, yang merupakan anak kepada pelakon Melanie Griffith dan Don Johnson pula memegang watak Anastasia, seorang pelajar kolej naif yang mengenali telah Christian dan terjebak dalam hubungan seksual sehingga mereka jatuh cinta.
Johnson yang sebelum ini pernah membintangi filem "The Social Network" dan "21 Jump Street" serta siri televisyen "Ben And Kate" dilaporkan teruja dengan watak barunya itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts