translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Piala Dunia 2022: Qatar pelawa Malaysia

DALAM persiapannya menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022, Qatar mempelawa syarikat Malaysia melibatkan diri dalam pelbagai projek pembangunan dan infrastruktur di negara itu.
  
Pelawaan itu disampaikan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar Sheikh Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al Thani kepada Duta Besar Malaysia di negara itu Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar, yang mengunjunginya semalam.
  
"Duta besar berkenaan juga mengalu-alukan cadangan perdana menteri itu agar kerjasama diwujudkan antara pihak berkuasa pertahanan awam dari kedua-dua negara," kata pejabat perwakilan Malaysia di Doha dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia di sini hari ini.
  
Kenyataan itu juga menyebut kedua-dua negara akan berusaha untuk mempercepatkan urusan memuktamadkan pertukaran draf berkaitan beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman yang sedang diusahakan.
  
Menurut kenyataan itu, Ahmad Jazri mengucapkan penghargaannya kepada Emir Qatar dan perdana menteri negara itu atas perutusan tahniah yang diutuskan kepada rakan sejawatan mereka di Malaysia.

Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 pada Sabtu.
  
"Perdana Menteri itu yang belum pernah melawat Malaysia berkata beliau mendapat tahu tentang pelbagai kejayaan dan pencapaian Malaysia serta berharap dapat berkunjung ke negara ini dalam tempoh terdekat," kata kenyataan itu.
  
Kenyataan itu berkata Sheikh Abdullah juga maklum bahawa Malaysia menjadi destinasi pilihan utama keluarga Qatar dan merupakan destinasi terkenal untuk berbulan madu.
  
Sheikh Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada 26 Jun lepas dalam satu rombakan Kabinet apabila Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani menaiki takhta sebagai Emir Qatar baharu pada 24 Jun lepas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts