translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

POKOK BESAR BAHAYAKAN MURID


  • Pokok besar bahayakan muridMohd Asrul dan seorang pengawal keselamatan sekolah menunjukkan salah satu pokok besar yang sudah tumbang.
 1 / 1 
TANJUNG TOKONG - Tiga pokok besar di sini dikatakan hanya menunggu masa untuk tumbang sekali gus mengancam keselamatan kira-kira 350 murid.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Tokong, Mohd Asrul Ismail berkata, kesemua pokok itu terletak dalam kawasan padang sekolah.

Menurutnya, lebih membimbangkan, kawasan berkenaan juga menjadi tempat murid menunggu ibu bapa mereka apabila pulang dari sekolah.

“Namun, buat masa ini kawasan berhampiran dengan pokok sudah pun ditutup kerana dikhuatiri tumbuhan berkenaan tumbang pada bila-bila masa.

“Ini kerana bahagian dalaman pokok sudah semakin reput dan kami yakin jika berlaku ribut, pokok berkenaan akan tumbang. Malahan aduan mengenai masalah itu telah dibuat sejak dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Seorang guru yang enggan nama disiarkan berkata, sebuah tempat letak kereta juga terpaksa dikosongkan akibat masalah itu.

Jelasnya, semua kakitangan sekolah bimbang jika pokok itu tumbang dan menghempap kereta guru di sini.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera bagi menangani  masalah berkenaan,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts