translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Lelaki ditahan bawa pistol palsu

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan ditahan oleh pengawal keselamatan bank di Jalan Gangsa di sini bersama sepucuk pistol tiruan dan sebilah pisau hari ini.
  
Dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu, pengawal keselamatan yang melihat suspek dalam keadaan mencurigakan bertanyakan tujuan sebenar dia datang ke bank.
  
Suspek yang panik semasa disoal, terus berlari keluar dari bank tetapi berjaya dikejar pengawal keselamatan dengan bantuan orang awam kira-kira 30 meter dari premis itu.
  
Selepas ditahan, beg galas suspek diselongkar oleh pengawal keselamatan berusia 53 tahun itu dan menemui sepucuk pistol tiruan dan sebilah pisau.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya berkata suspek berumur 41 tahun yang berasal dari Kepala Batas dekat sini kemudian diserah kepada polis.
  
"Selain pisau dan pistol tiruan itu, polis turut merampas motosikal Kriss yang digunakan suspek untuk menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek merancang untuk melakukan rompakan di bank itu. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts