translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

GEMPAR !!! BEKAS ANGGOTA TUDM MAATI DITEMBAK



GEMPAR!!! Bekas Anggota TUDM Mati Ditembak | Bekas Anggota TUDM Mati Ditembak.
IPOH - Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mati ditembak berhampiran restoran milik bapanya di deretan premis perniagaan di Jalan Permasuri Mazwin, Taman Rishah, Silibin di sini pagi tadi.

Mangsa, S. Jambukeshan, 39, yang mempunyai tiga orang anak meninggal dunia ketika dibawa anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Mangsa yang bersara selepas 19 tahun berkhidmat dengan TUDM kini membantu perniagaan restoran bapanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa mahu mengeluarkan barangan dari kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 30 meter dari restoran bapanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, semasa mangsa keluar dari keretanya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih perak tiba-tiba menghampiri mangsa dan seorang suspek yang memakai topi keledar dengan cermin muka penuh keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts