translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

WATAK ANTAGONIS BERI IMPAK BUAT INDUSTRI

  • S KadarismanS Kadarisman
 1 / 3 
ERA perfileman Melayu klasik bermula pada 1933, di mana ketika itu, pengarah B S Rajhan mempertaruhkan filem, Laila Majnun, sebagai filem Melayu pertama yang ditayangkan di Tanah Melayu.

Bermula pada saat itu, era perfileman Melayu klasik mula berkembang sekali gus membariskan ramai bintang filem.

Malah, sehingga hari ini, nama-nama besar seperti Tan Sri P Ramlee, Nordin Ahmad, Latifah Omar, Umi Kalthum, Roseyatimah, Saadiah, Sarimah Ahmad, Datuk Mustapha Maarof dan Tan Sri Jins Shamsuddin, masih utuh dalam ingatan peminat filem Melayu.

Namun, di sebalik nama-nama besar ini, mungkin ramai terlepas pandang untuk mengenali watak-watak antagonis yang turut menjadi penggerak sesebuah filem.

Walaupun bukan hero mahupun watak utama filem, namun ada kala watak penyangak atau 'crook' ini lebih diingati dek kesan lakonan dan penghayatan itu.

Malah, ada antara babak atau dialog mereka masih diingati dan menjadi 'trademark' sehingga  hari ini walaupun kebanyakan daripada pelakon itu sudah tiada.

Tidak kurang juga, dalam kalangan masyarakat turut membenci watak antagonis sehingga terbawa-bawa ke luar skrin.

Menurut pengalaman beberapa pelakon yang sinonim dengan watak penyangak, mereka terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang kurang memahami kerja-kerja lakonan.

Ada antara mereka bertindak luar kawalan apabila pelakon yang sinonim dengan watak penjahat pernah dimarahi, dibenci dan kena ludah.

Perkara ini turut berlaku kepada Allahyarham Seniman Datuk Mahmud June, yang meninggalkan kita pada 13 Februari 2002.

Keberkesanan lakonan beliau yang sinonim dengan watak lelaki jahat dan miang tidak perlu dipertikai lagi, malah pelakon  ini memiliki karakter yang pelbagai ekspresi.

Lihat sahajalah wataknya menerusi filem, Sri Mersing, Jalak Lenteng dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, imej misai taring, ekspresi wajah dan dialog mampu membuatkan penonton marah.

Pada awal penglibatannya, Mahmud telah diberikan watak penyangak menerusi filem pertama, Orang Lichin.

Pun begitu, Mahmud juga memiliki kebolehan berlawak dan melakonkan watak komedi termasuk watak Pak Maun menerusi filem, Nasib Do Re Mi.


Imej 'rokok paip' S Kadarisman

Dilahirkan di kalangan bangsawan, pemilik nama, S Kadarisman, sememangnya terkenal dengan watak antagonis.

Lihat sahaja imejnya dengan 'rokok paip' menerusi filem, Antara Dua Darjat, watak jahatnya itu memberi kesan kepada penonton.

Selain itu, beberapa filem yang turut menampilkan sisi jahat pelakon yang juga pengarah ini termasuk, Mogok, Saudagar Minyak Urat, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Lela Manja, Panji Semerang, Singapura Dilanggar Todak, Batu Durhaka, Norlela, Dayang Senandung, Tiga Abdul, Ali Baba Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.

Meskipun tidak pernah diberi watak utama, namun kebolehan menjiwai pelbagai watak terutamanya antagonis memberi peluang kepadanya untuk meraih kepercayaan pengarah filem.

Malah, beliau yang mesra disapa Pak Kadar ini dikatakan pernah menjadi pelakon yang menerima gaji paling tinggi pada ketika itu.

Selain itu,  Kadarisman turut terlibat dalam bidang pengarahan. Antara filem arahannya termasuk, Pendekar Empat, Kembang Layu, Perintah Seri Paduka, Panca Indera Harimau Berantai. Kudrat, Darma Kesuma, Hutang Darah, Pendekar Sakti, Darah Panglima dan Bujang Tua SS.

Kadarisman meninggalkan peminat buat selama-lamanya pada 17 Februari 1989 akibat penyakit kencing manis dan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.


'Bapa crook'!

Dalam sejarah perfileman Melayu klasik, nama Salleh Kamil boleh diangkat sebagai penyangak nombor satu atau `bapa crook filem Melayu’.

Ini kerana, raut wajah bengis menjadi penggerak kepada watak jahat yang sebati dengan dirinya.

Mula berkhidmat di Studio MFP sebagai pemandu, Salleh diangkat sebagai pelakon menerusi filem pertamanya, Patah Seribu.

Kredibilitinya sebagai 'crook' mendapat pujian ramai setelah bergandingan bersama P Ramlee menerusi filem Sedarah dan Panggilan Pulau.

Setelah P Ramlee berjaya duduk di kerusi pengarah, Salleh terus menjadi 'ayam tambatan' untuk watak-watak jahat termasuk Penarik Beca dan Semerah Padi.
Watak Buang yang dibawa Salleh menerusi filem Sarjan Hassan meletakkan populariti Salleh kian di puncak.

Malah, sisi gelap Salleh terus diangkat dalam filem Isi Neraka. Menerusi filem, Tiga Abdul pula, Salleh tidak lari dari watak yang sinonim dengannya sebagai Tuan Penasihat.

Selepas MFP ditutup pada 1967, Salleh memilih untuk bersara dan akhirnya meninggal dunia pada 4 Julai 1998 kerana sakit tua.


'Samseng Kampung Dusun'

Siapa tak kenal dengan tagline ini. Watak samseng yang dibawa Shariff Dol menerusi filem, Seniman Bujang Lapok, ini kekal melekat di hati peminat.

Walaupun hanya pelakon pembantu, namun watak penyangak Shariff Dol atau nama sebenarnya, Shariff Dol Asnawi, tetap diingati sehingga kini.

Sepanjang penglibatannya, Shariff Dol membintangi lebih dari sepuluh filem,  termasuk Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain, Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok dan Si Tanggang.

Shariff Dol meninggal dunia di usia 53 tahun pada 27 april 1979 akibat komplikasi pelbagai penyakit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts