translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

MAUT... Mangsa tersalah pilih kanopi

Tersalah memilih kanopi (payung) menjadi punca kematian seorang peserta pertandingan Paramotor Precision International sempena sambutan 103 tahun Majlis Perbandaran Klang (MPK), Sabtu lalu.
Mangsa, Kamarul Ariffin Lo maut selepas paramotor yang dikendalikannya terhempas di Kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Presiden Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) Leftenan Kolonel (B) Basir Abdul Rahman berkata, kanopi yang digunakan mangsa adalah kanopi untuk golongan profesional kerana ia mempunyai kelajuan dan berprestasi tinggi dan mangsa dikatakan gagal mengawal kelajuan kanopi itu.“Mangsa sudah terbiasa menggunakan kanopi asas yang digunakan kebanyakan peminat sukan bertaraf amatur dan sebenarnya mangsa sudah lama terbabit dalam sukan seperti ini.“Bagaimanapun, arwah dipercayai tidak dapat mengekalkan kelajuan kerana jarang menggunakan kanopi itu,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Katanya, peminat sukan ini boleh terbabit dalam kemalangan jika tersalah memilih kanopi walaupun sudah menjalani latihan intensif dan pemilihan kanopi yang sesuai adalah tanggungjawab individu itu sendiri. “Jika individu tersalah memilih kanopi, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa saja,” katanya. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Metro Ahad semalam yang melaporkan seorang lelaki yang menyertai pertandingan Paramotor Precision International sempena 103 tahun Majlis Perbandaran Klang (MPK) maut di hari ulang tahunnya yang ke-35 selepas jentera dikendalikannya terhempas.
Difahamkan, mangsa, Kamarul Ariffin yang bekerja sebagai jurujual serta berasal dari Sarawak itu aktif menyertai pertandingan paramotor dan pernah menyertai pelbagai acara pada peringkat antarabangsa.
Sementara itu, majlis penutupan pertandingan sudah dibatalkan bagi menghormati kematian mangsa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts