translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Janet Jackson Minat Kanak-Kanak Syria Dan Jordan

Janet Minat Ambil Anak Angkat Jordan, Syria

Amman: Penyanyi Janet Jackson dilapor berusaha untuk mengambil anak angkat, sama ada dari Syria atau Jordan.

Penyanyi berusia 47 tahun itu yang Februari lalu mengumumkan dia berkahwin secara rahsia dengan ahli perniagaan Wissam Al-Mana, 37, dalam majlis tertutup tahun lalu, bersungguh-sungguh mahu menjadi ibu dan sudah mula mengkaji proses untuk mendapatkan anak angkat itu.

Satu sumber memberitahu UsMagazine.com: “Dia sedar dia tidak akan mengandung. Kerana itu dia berusaha untuk mendapatkan anak angkat. “Dia begitu sedih dengan kejadian di Jordan dan Syria.

 Tidak pasti bila dia boleh menerima anak angkat itu, tetapi dia sudahpun memulakan proses berkenaan,” Satu sumber lain memberitahu akhbar New York Post, Janet menyuarakan hasratnya kepada Ratu Rania.

“Janet sentiasa memandang berat mengenai kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia, dan terpanggil untuk memberi segala yang diperoleh kepada kanak-kanak itu,” kata sumber.

Janet, bekas isteri James DeBarge dan Rene Elizondo mula menjalin hubungan dengan Wissam pada 2010.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts