translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Angelina Jolie Arah Filem Perang

Angelina Jolie Arah Filem Perang

Sydney: Aktres senarai A Hollywood Angelina Jolie akan mengarah filem terbarunya “Unbroken” di Australia dengan Sydney dan kawasan pedalaman New South Wales sebagai lokasi utama.

Filem perang dunia kedua itu ialah filem kedua arahan Angelina selepas filem “Land of Blood and Honey” pada 2011 yang menerima pelbagai kritikan.

Aktres itu sudah berada di Sydney bersama anak-anaknya sejak beberapa minggu lalu bagi mencari lokasi sesuai untuk penggambaran. Timbalan Perdana Menteri New South Wales, Andrew Stoner berkata, syarikat penerbitan Universal Pictures akan menyuntik jutaan dolar kepada ekonomi negeri itu dan dijangka mewujudkan 300 peluang pekerjaan untuk kru perfileman dan pelakon tambahan.

“Berita baik ini mengesahkan status antarabangsa New South Wales sebagai lokasi utama di Australia untuk penerbitan filem berskala besar dan mempamerkan standard bertaraf dunia industri perfileman kita,” katanya.

Unbroken berdasarkan kepada buku jualan terlaris tulisan Laura Hillenbrand yang mengisahkan kehidupan hebat wira perang Louis Zamperini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts