translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Pau Sambal Punca Murid Keracunan Makanan

36 Murid Keracunan Selepas Makan Di Kantin Sekolah

NIBONG TEBAL - Seramai 36 murid Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat di sini mengalami keracunan makanan selepas dipercayai mengambil makanan yang disediakan kantin sekolah malam tadi.

Mereka merupakan sebahagian daripada 106 peserta Program Intensif Tahun Empat sekolah itu bagi persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun mengadu sakit perut, pening dan muntah sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap pada pukul 9 malam tadi.

Difahamkan kebanyakan mereka telah memakan kuih pau inti sambal pada sebelah petang.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu Mohd Nor Hiesam Ismail berkata, berikutan kejadian itu program berkenaan yang bermula Isnin lepas dan dijadual berakhir Jumaat ini telah dihentikan.

"Pihak kami dan sekolah akan melakukan siasatan bersama terhadap bekalan makanan yang diberikan kepada murid berdasarkan laporan daripada hospital," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, empat daripada 36 murid yang dibawa ke Hospital Sungai Bakap telah ditahan di wad  manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

Seorang mangsa Nur Arisya Azrin Mohd Nazri, 10, berkata, dia mula terasa sakit perut selepas empat jam memakan pau yang disediakan ketika minum petang.

"Ketika waktu minum petang kira-kira pukul 4 petang, semua pelajar diberi kuih pau sambal. Tetapi kami tidak rasa apa-apa sehingga ketika kami mahu memulakan pelajaran di dalam kelas pada pukul 9 malam.

"Saya terasa sakit perut dan pening sebelum melihat beberapa rakan yang lain turut mengalami sakit yang sama," katanya. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts