translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Penyudah tumpul!

Manchester, England: Pengurus Manchester United, David Moyes mengakui pasukannya kurang menyengat sekali gus membimbangkannya berikutan kekalahan mengejut di halaman sendiri kepada West Brom kelmarin.
Anak buah Moyes tidak menjaringkan gol menerusi permainan biasa dalam Liga Perdana sejak kemenangan 4-1 ke atas Swansea City pada minggu pembukaan musim.
Rentetan itu berterusan apabila mereka tumpas 1-2 kepada West Brom, menjadikannya kekalahan ketiga Moyes dalam enam perlawanan pertama liga dan permulaan terburuk United pada awal musim sejak 1989.Moyes sebelum ini merungut mengenai kesukaran permulaan musim yang menyaksikan pasukannya bertemu Chelsea, Liverpool dan 
Manchester City dalam lima perlawanan pertama.

Foto
MOYES kecewa lihat aksi anak buah.

Selepas berkunjung ke Shakhtar Donetsk bagi Liga Juara-Juara pertengahan minggu ini, mereka bertandang ke Sunderland hujung minggu ini sebelum dua perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri dalam Liga Perdana.
Pembelian tunggal Moyes musim panas ini adalah pemain tengah Marouane Fellaini dan di sebalik kekurangan pembelian penyerang, beliau tetap yakin memiliki pilihan untuk menyelesaikan masalah jaringan gol.“Saya bimbang, tapi hanya kerana kami tidak bermain dengan bagus (menentang West Brom). Masih banyak perlawanan perlu ditempuhi dan kami boleh menanganinya selepas ini,” katanya.“Ia bukannya disebabkan kekurangan percubaan penyerang. Ramai pemain penyerang di luar sana. Hanya kurang kerjasama sepasukan seperti yang kami mahukan dan kami perlu mengatasinya.“Kami kurang menyinar, sesuatu yang boleh mengubah suasana perlawanan. Jika kami mendapat gol, ia mungkin berubah.“West Brom berhak memenanginya dan saya tidak boleh merungut.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts