translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

BETUL KE NI....Budak 12 tahun menang motosikal Modenas

KUALA TERENGGANU – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Itu pepatah tepat dapat diberikan kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Muhammad Kurusdi Smera Daud dari Kuala Ibai, apabila dapat membawa pulang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss MR1 melalui cabutan bertuah.

Biarpun tujuan asal Adi ke Kampung Gong Baru, untuk menyertai pertandingan memancing, tetapi dia tidak berjaya pada pertandingan itu kerana jorannya tidak mengena.

Namun siapa sangka pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai itu, begitu bertuah berbanding ratusan pemancing lain yang lebih tua dan dewasa daripadanya apabila nombor yang berada di tangannya ‘mengena’.


Budak 12 tahun menang motosikal Modenas
Adi sangat teruja dengan motosikal yang dimenanginya pada Cabaran Pancing Ikan Darat Bersama Komuniti 1Malaysia di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu.

“Saya memang tidak menyangka nombor cabutan ini dapat menang hadiah besar (motosikal) dan sangat istimewa.

“Walaupun tidak mempunyai motosikal sebelum ini, dan menganggap hadiah cabutan bertuah ini amat bermakna buat saya tetapi akan serahkan kepada keluarga, lagipun saya belum dapat menunggang kerana masih kecil (belum cukup umur) untuk dapatkan lesen motosikal,” katanya yang sangat teruja dengan hadiah berkenaan.

Adi berkata, dia datang awal pada pertandingan itu dan penantian kira-kira tiga jam membuahkan hasil apabila berjaya menang motosikal walaupun tidak memenangi sebarang hadiah dalam pertandingan memancing.

“Saya memang minat memancing dan mula serius sejak darjah empat lagi. Saya juga sering ke lokasi pancing sekitar Kuala Terengganu bersama keluarga,” katanya.

Menurutnya, dia akan menyertai semua pertandingan memancing di kawasan lain sekiranya berpeluang dan memiliki tiga buah joran yang berharga lebih RM45 setiap satu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts