translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Marotte, Lechner kuasai peringkat keempat LIMBC

PELUMBA Perancis Maxime Marotte dan Eva Lechner dari Itali muncul juara kategori lelaki dan wanita terbuka dalam peringkat keempat Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2013 di sini hari ini.
  
Kemenangan sulung dua pelumba itu selepas tiga peringkat menyaksikan saingan untuk merebut juara keseluruhan masih terbuka.
  
Perlumbaan 'Langkawi Geopark' hari ini melibatkan tujuh pusingan sejauh 32.2km bagi kategori lelaki dan lima pusingan sejauh 23.59km bagi kategori wanita yang bermula di Oriental Village.
  
Marotte daripada pasukan BH Brsuntor KMC Team mencatatkan masa satu jam 37 minit 53 saat untuk mengatasi rakan sepasukan Stephen Tempier di tempat kedua dengan catatan masa 1:38:33s.
  
Tempat ketiga disandang pelumba Sweden, Emil Lindgren daripada pasukan Giant Pro XT Team dengan catatan masa 1:39:50s.

Bagaimanapun, pemenang peringkat ketiga semalam, Kohei Yamamoto dari Jepun hanya mampu menduduki tempat keempat (1:39:52s) dan dapat mempertahankan jersi kuning, selaku pendahulu keseluruhan.
  
Lechner daripada pasukan Colnago Sudtirol Team, mengungguli acara wanita dengan masa 1:20:48s diikuti pelumba Poland Maja Wloszczowska (1:22.09s) dan pemegang jersi merah jambu, Lea Davison dari Amerika Syarikat dengan masa 1:23:27s.
  
Davison masih mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan catatan masa terkumpul 9:13:42s.
  
Bagi Marotte, perlumbaan hari ini sangat mencabar dan sukar selepas hujan lebat pada peringkat ketiga semalam menyebabkan laluan trek berlumpur dan licin.
  
Walaupun sukar untuk menggugat kedudukan Yamamoto sebagai pendahulu, namun beliau berjanji akan menampilkan persembahan yang terbaik mungkin.

Dalam pada itu, Yamamoto bertekad untuk muncul sebagai pelumba Asia pertama merangkul kejuaraan.
  
Walaupun gagal menghuni tiga tempat teratas pada peringkat keempat tetapi apa yang penting saya masih kekal menyarung jersi kuning, katanya.
  
"Saya kalah hari ini kerana basikal saya mempunyai masalah mekanikal tetapi akan berusaha sebaik mungkin pada saingan akhir esok untuk muncul juara," katanya.
  
Pada peringkat kelima dan terakhir di Pantai Kok esok, gelaran juara keseluruhan akan menjadi pertarungan hebat antara Yamamoto dan Lindgren.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts