translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

ALAMAK....30,500 tiket penyokong Pahang habis dalam 3 jam



Sebanyak 30,500 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia untuk penyokong Pahang habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas enam kaunter dibuka di Stadium Darul Makmur di sini mulai 10 pagi ini.
Setiausaha Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim berkata peruntukan 30,500 keping tiket termasuk 500 tiket untuk kanak-kanak dan 12,000 tiket yang diagihkan kepada 11 persatuan daerah.
Proses penjualan tiket berharga RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata penyokong tempatan yang tidak berpeluang ke Stadium Shah Alam boleh menyaksikan final antara Pahang dan Kelantan melalui skrin gergasi di Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di Jalan Stadium di sini, Ahad ini.
Menerusi tinjauan Bernama, ribuan penyokong skuad Tok Gajah mula membanjiri Stadium Darul Makmur seawal 6 pagi tadi kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan aksi final itu. Walaupun ada peminat yang gagal mendapatkan tiket tetapi tiada kekecohan berlaku seperti penjualan tiket separuh akhir Pahang-Sarawak pada 19 Oktober lepas.
Seorang penyokong Pahang, Hafizul Hamzah, 30, berkata, beliau sanggup menunggu kaunter tiket dibuka walaupun hanya dibenarkan membeli dua keping tiket sahaja.
Pasangan kembar yang berusia 50 tahun, Abdul Manan Abdul Aziz dan Abdul Manaf, turut melahirkan perasaan gembira mereka setelah berjaya membeli tiket untuk perlawanan akhir berkenaan. "Kita ini peminat setia negeri Pahang.
Anak-anak negeri Pahang ini kena sokonglah. Setakat mana kita boleh bantu Pahang, sokonglah. Itu aje," kata Abdul Manan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts