translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

JASON CHONG: FILEM ULAR BUKAN REMAKE ANACONDA

jason chong filem ular bukan remake anaconda
Pelakon yang kini bergelar pengarah, Jason Chong bakal tampil dengan filem kedua arahannya, Ular yang telah diterbitkan oleh Showbiz Productions.
Filem bergenre creature thriller ini adalah yang pertama dihasilkan di negara ini dan Jason memilih ular sebagai taruhannya.
Dalam pada itu, setelah menonton trailer filem tersebut disidang media Showbiz Productions semalam, Jason telah bersedia dengan jawapan mengenai filem yang dilihat menyamai filem Anaconda yang dilakonkan Jennifer Lopez pada 1997 tersebut.
Dia juga yakin dengan pertaruhannya memilih ular sawa sebagai subjek utama dan bukannya binatang ganas lain kerana ular spesis ini lebih banyak terdapat di rantau ini terutamanya negara kita. “Saya yakin dengan idea mengetengahkan ular sawa batik dalam filem genre creature thriller pertama dihasilkan di negara ini dapat mengingatkan tentang keganasan ular spesis ini.
Bermula daripada mitos hingga realiti sebenar, binatang berbahaya ini telah mengorbankan banyak nyawa di negara kita sejak dulu lagi. “Bermula daripada kajian saya mengenai spesis berbahaya ini hinggalah kepada waktu penggambaran, ia dekat dengan komuniti kita yang sememangnya menggeruni reptilia ini.
Jadi tidak perlu wujudnya spekulasi bahawa saya cuba untuk remake filem Anaconda kerana genre ini memang mengetengahkan binatang sebagai subjek utama dan ular sawa pilihan yang tepat.
“Walaupun Hollywood telah menghasilkan filem mengenai ikan jerung, piranha, buaya dan bermacam lagi binatang, tetapi sebagai yang pertama,Ular menjanjikan kelainan dan tidak perlu dibandingkan dengan Anaconda,” ulas Jason ketika ditemui di sidang akhbar Showbiz Productions yang berlangsung di GSC Pavilion, semalam. Sebagai pengarah filem, Jason tidak dapat lari daripada cabaran mengarah dalam waktu-waktu cemas terutama bagi filem bergenre sebegini.
Antara yang paling memberi cabaran kepadanya adalah waktu penggambaran yang 70 peratus dibuat pada waktu malam dan adegan di dalam filem tersebut yang memerlukan pelakon turun ke terowong lama yang usang di Batu Arang, Selangor. “Agak mencemaskan bila saya perlu membawa bayi serta pelakon untuk berada di dalam terowong usang yang dahulu digunakan untuk memproses batu arang.
Ada juga waktu yang agak mencemaskan tapi masih dapat dikawal. “Ada juga pelagak ngeri yang saya gunakan cedera ketika melakonkan adegan ngeri yang terdapat di dalam Ular tetapi bukanlah kecedaraan yang amat serius.
Lebih daripada separuh waktu penggambaran dilakukan pada waktu malam dan sudah tentu banyak halangan tetapi kami berjaya menghabiskan penggambaran Ular selama 25 hari di Pulau Pangkor dan Batu Arang,”tambahnya lagi.
Filem kedua arahan Jason selepas Belukar ini akanditayangkan pada 5 Disember ini dan dibintangi barisan pelakon seperti Lisa Surihani, Yusry KRU, Izzue Islam, Harun Salim Bachik dan diklasifikasi 18.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts