translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

SITI NURHALIZA SIMPATI DENGAN NASIB NABILA DI AF2013

siti nurhaliza simpati dengan nasib nabila di af2013
Penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza Taruddin akui simpati dengan nasib salah seorang peserta Akademi Fantasia 2013 (AF2013), Nabila yang sering menerima tohmahan dan kritikan daripada penonton di luar.
Sebagai inspirer di minggu ke-7 hingga tamat AF 2013 nanti, Siti Nurhaliza berkata peminat tidak boleh menyalahkan Nabila kerana dia dan juga peserta yang lain masih mentah dan banyak yang perlu dipelajari. "Meskipun sudah masuk minggu ke-7 saya tahu, ramai orang di luar sana yang tidak berpuas hati dengan kewujudan Nabila di AF2013 hingga kini.
Tapi saya kasihan pada Nabila, malah saya sendiri mengharapkan yang terbaik daripadanya. "Kita tak boleh salahkan Nabila kerana kadang-kadang lagu yang diberikan kepadanya sering tidak menjadi. Tambahan pula kebanyakan peserta masih lagi gugup bila tiba hari persembahan mereka, padahal mereka telah lakukan yang lebih baik ketika rehearsal sebelumnya.
Namun, setelah seminggu bersama mereka di minggu ke 7 yang lalu, saya lihat kebanyakan mereka dah tahu skill bagaimana hendak jadi performer walapun mereka mengaku sebenarnya sangat susah nak jadi seorang anak seni apabila terpaksa diberikan tugas dalam masa yang singkat. "Lagi pun mereka ni masih bahan mentah yang baru hendak diproses sebelum mereka jadi sempurna.
Mereka perlukan masa,apa-apa pun AF ni kuasanya terletak pada orang di luar sana yang mengundi," katanya, selepas pelancaran produk kolagen okeh Dzar Global Holdings Sdn Bhd, di Bora Ombak Ampang, semalam.
Nabila antara peserta yang kurang digemari oleh pengkritik AF2013 kerana sering mendapat komen yang negatif daripada juri. Pun begitu, undian untuknya tidak pernah mengecewakan dan sering mendapat tempat antara yang teratas setiap minggu.
Siti Nurhaliza memberitahu dia berpendapat, setelah melihat situasinya itu Siti merasakan Nabila selama ini banyak meraih undian simpati daripada penonton. "Pada saya, kita manusia ni ada perasan cepat kasihan bila melihat orang lain dikutuk dan diberi komen yang agak keras.
Cara tegur yang agak keras mungkin buat Nabila raih simpati untuk mengundinya," luahnya lagi. Selain Siti, inpirer AF2013 yang sudah pun menjalankan tugas mereka adalah Faizal Tahir dan Melly Goslow.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts